Friday 12 November 2010

Telekom Malaysia Sahkan Dr Ramzi Hantar SMS Ugut Bunuh

“Sekyen ID atau pengguna streamyx berkenaan dipunyai oleh Dato’ Ahmad Ramzi Mohd Zubir no pengenalan 720715-06-5509…pengguna ( Dr Ramzi) mula masuk pada hari Isnin 13 April 2009, masa 19.44.33 dan behenti pada hari Selasa 14.4.2009 masa 4.35.56…ini bermakna Dr Ramzi menggunakan kemudahan itu pada 13 April 2009 antara jam 7:44:55 petang hingga keesokannya 14 April 2009 jam 4.35.56 pagi.” - Suhainy Ayob, Penolong Pengurus Pengurusan Maklumat Keselamatan Telekom Malaysia Berhad.


Semakin terserlah sudah bahawa tiada orang lain yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) Ugut Bunuh selain Datuk Ahmad Ramzi Mohd Zubir yang memegang kad pengenalan bernombor 720715-06-5509.

Jika sebelum ini beberapa saksi sudah menegaskan bahawa Dr Ramzi yang menyewa aplikasi penghantaran SMS kepada beberapa orang yang disebut dalam perbicaraan SMS Ugut Bunuh ini, pada 10 November 2010 (Rabu), pihak Telekom Malaysia (TM) Berhad pula Rabu lalu mengesahkan Dr Ramzi menggunakan kemudahan streamyx yang disewakan daripada pihaknya untuk menghantar SMS berkenaan.

Pada proseding yang berjalan di depan Hakim M.Bakri Abd.Majid di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu pada 10 November 2010, Suhainy Ayob, bertugas sebagai Penolong Pengurus Pengurusan Maklumat Keselamatan di Telekom Malaysia (TM) Berhad, Malaysia mengatakan pengguna streamyx yang menghantar SMS Ugut Bunuh itu memang Dr Ramzi.

Pada prosiding Rabu itu Dr Ramzi diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tuan Ishak dibantu oleh Tuan Azimos dan Puan Ooi.

Bagi kesalahan itu, Dr Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.


Suhainy mengesahkan daripada laporan yang diterima beliau, sekyen ID atau pengguna streamyx berkenaan dipunyai oleh Dato’ Ahmad Ramzi Mohd Zubir no pengenalan 720715-06-5509.

Apabila ditanya oleh pendakwa raya beliau berkata pengguna ( Dr Ramzi) mula masuk pada hari Isnin 13 April 2009, masa 19.44.33 dan behenti pada hari Selasa 14.4.2009 masa 4.35.56.

Ini bermakna Dr Ramzi menggunakan kemudahan itu pada 13 April 2009 antara jam 7:44:55 petang hingga keesokannya 14 April 2009 jam 4.35.56 pagi.

Kembali kepada SMS Ugut Bunuh berkenaan, bilakah ia dihantar kepada Tiga ADUN yang menerima SMS berkenaan?

Lihat dahulu pertuduhan berikut:

Mengikut pertuduhan pertama, pada 11.21 malam 13 April lepas di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di Kuala Terengganu, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin Abdullah, Adun Paka, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya.

Dr Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Abdul Halim Jusoh, Adun Permaisuri, pada tarikh, tempat dan waktu yang sama, dan juga terhadap Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh yang sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Soalnya sekarang Suhainy bukan calang-calang saksi kerana beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau menyandang jawatan sekarang sejak 2006 lagi dan mahir berkaitan sistem komputer dan internet.

Tugas beliau sekarang di TM ialah mengurus operasi sistem aplikasi yang berkaitan dengan internet selain mengesahkan pengguna streamyx.

Suhaily juga dengan tegas mengatakan pengguna streamyx pada tempoh berkenaan ialah pemilik akaun bernama Ahmad Ramzi Mohd Zubir beralamat E726, Jalan Kubang Parit, Kubang Parit, 20050 Kuala Terengganu.

Kenapa beliau begitu yakin?

Ini kerana menurut Suhaily, setiap PC mempunyai siri nombor yang tersendiri begitu juga dengan modem dan peranti komputer yang lain. Ini kerana sistem TM hanya memberikan unik IP address kepada setiap capaian dibuat kepada internet.

Malah katanya, oleh kerana ID sama digunakan dalam dalam start dan stop time, ia tidak akan terputus setiap kali digunakan, bermakna ia digunakan sepenuh masa yang disebutkan itu oleh Dr Ramzi.

Malah nombor data yang direkodkan ialah 63.53.155.148 milik Dr Ramzi.

Kembali pada perbicaraan pada 27 April 2010 lalu, isteri dan bapa mentua Dr Ramzi menafikan ada menghantar SMS kepada tiga anggota DUN BN Terengganu.

Datin Ilia Ismail, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik dan bapanya Ismail Awang Su, 70, juga menafikan ada meminta sesiapa menghantar SMS ugutan kepada tiga Adun berkenaan.

Mereka berkata demikian semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz pada perbicaraan Dr Ramzi, yang dituduh menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga Adun BN Terengganu, di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu.

Amat jelas bahawa daripada pengakuan isterinya, Dr Ramzi sahaja yang menggunakan komputer riba di rumahnya pada malam itu.

Tidakkah keterangan oleh kakitangan TM ini menyerlahkan lagi bahawa yang menghantar SMS Ugut Bunuh itu ialah Dr Ramzi semata-mata dan tidak ada orang lain selain daripada dia seorang sahaja.

Untuk bacaan lanjut mengenai perjalanan prosiding, sila klik di sini.

No comments:

Post a Comment