Tuesday 26 October 2010

Ye, Ye...Nama Deris Dah Naik di Mahkamah

Laporan SMS Ugut Bunuh oleh Halim dan Pak Ya Paka

Mana mungkin nama Idris Jusoh (Deris) boleh disebut dalam perbicaraan SMS Ugut Bunuh?

Kenapa mahu kaitkan beliau yang ‘bersih’ dan tidak terlibat langsung dengan kes ini.

Jahat jika ada yang mengaitkannya.

Salah tu jika sebut nama Deris. Tidak betul sama sekali…Tidak, Tidak, Tidak. Mubin Ismail Jarang Anak Melayu pun akan marah. Jangan babitkan Deris. Dia tidak bersalah. Yang salahnya Wan Ahamad Wan Muda. ‘Dia ini punca segala-galanya”.

Mubin sudah tulis banyak bagaimana SMS Ugut Bunuh ini dihantar ke Rosol, Pak Ya dan Halim (yang kini menunaikan haji – apakah sudah jumpa Wan Ahmad? Nak tahu tanyalah Halim sendiri).

Katanya Halim melalui FBnya minta maaf kepada semua orang sebelum ke Mekah. Tapi ada ke tidak dosanya dengan Mat Said dan Wan Ahmad. Dah minta maaf ke?

Walau Mubin atau siapa saja – termasuk bosnya Din Adam – tidak mahu disebut dalam mahkamah tetapi mungkin sampai masa Mubin juga AKAN DIHERETKAN DI MAHKAMAH. Tak Percaya tungguuuuuuuuuuu…

Yang pasti nama Deris kini disebut sudah dalam mahkamah sebagai antara yang terbabit dengan SMS itu.

Sebelum ini Setiausaha Politiknya dikaitkan dalam kes ini dan ada 4 tuduhan terhadapnya dan paling menarik dengan Wan Ahmadlah.

Kita tunggu perkembangan hari ini, apa lagi yang akan didedahkan oleh Nor Irwan.

Siapa Nor Irwan ini?

Beliau mempunyai kelulusan Diploma Penilaian Harta Tanah lulusan Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur yang menjalankan bertugas sebagai Pegawai Kerani, bahagian Teknologi Maklumat di Pejabat UMNO Malaysia.

Beliau menjalankan tugas membaik pulih komputer rosak dan mengenalpasti masalah komputer dengan merujuk kepada mereka yang lebih senior kerana dia hanya seorang pekerja separa mahir.
Dia bertugas secara sukarela membantu kempen MT kepada Deris bagi mendapatkan maklumat mengenai data-data keahlian UMNO dan turut bersetuju dengan pendakwa bahawa dia terlibat dalam politik UMNO.

Nor Irwan tinggal di Seri Kembangan adalah setiausaha kerja kepada sekretariat Pemulihan UMNO. Beliau menyediakan minit mesyuarat, tempahan bilik mesyuarat, makluman kepada ahli mesyuarat dan persiapan mesyuarat berkaitan sekretariat pemulihan UMNO itu.

Beliau bertanggungjawab kepada tiga orang pegawai atasan iaitu Setiausaha Kerja UMNO Malaysia ketika itu, Datuk Husaini Hashim, Pengerusi Sekretariat Pemulihan UMNO, Deris sendiri dan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd.Zubir selaku Pegawai Khas Deris.

Saya petik entri daripada Unit Komunikasi Kerajaan Negeri Terengganu untuk lebih jelas prosiding semalam:

Perbicaraan kes ugutan bunuh menerusi SMS

Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN

Dalam perbicaraan “Ugutan bunuh melalui SMS’ yang bersambung pada hari ini (26 Oktober), mahkamah diberitahu bahawa penggunaan aplikasi SMS atas nama Nor.Irwan Zainal Abidin (seorang pegawai kerani di Pejabat Umno pada 2009) adalah digunakan untuk tujuan kempen calon pertandingan Majlis Tertinggi bagi pihak calon bernama Dato’ Seri Haji Idris Jusoh.

Nor Irwan yang tinggal di Seri Kembangan ketika disoal pihak pendakwa pada sesi perbicaraan pagi ini memberitahu pada masa itu beliau adalah setiausaha kerja kepada sekretariat Pemulihan UMNO.

Dinyatakan kepada mahkamah, tugas beliau adalah menyediakan minit mesyuarat, tempahan bilik mesyuarat, makluman kepada ahli mesyuarat dan persiapan mesyuarat berkaitan sekretariat pemulihan UMNO itu.

Ditanya pihak pendakwa, Mohd.Irwan memberitahu beliau bertanggungjawab kepada tiga orang pegawai atasan iaitu Setiausaha Kerja UMNO Malaysia ketika itu, Datuk Husaini Hashim, Pengerusi Sekretariat Pemulihan UMNO, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd.Zubir selaku Pegawai Khas Dato’ Seri Idris.

Prosiding berlangsung di hadapan Hakim, M.Bakri Abd. Majid. Pihak pendakwa diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusoff, Ooi Chooi Gaik dan Nur Azimul Azami manakala Dr.Ahmad Ramzi diwakili peguambela Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abdul Rahman.

Ditanya penglibatan beliau dalam kes ini, Nor.Irwan berkata Dr.Ramzi meminta beliau membantu kempen pemilihan Majlis Tertinggi UMNO 2008-2011 yang mana Dato’ Seri Idris Jusoh merupakan salah seorang calon bagi mengganggotai pemilihan itu.

“Dalam kaedah berkempen Dr.Ramzi telah berikan saya satu SMS, nama dan nombor handphone untuk saya hubungi yang mana kandungan kaedah kempen menggunakan `SMS blast’” beritahunya kepada mahkamah.

Pendakwa: Apa yang diarahkan oleh Dr.Ramzi
Nor Irwan: Minta saya hubungi penama tersebut kepada nombor-nombor telefon yang telah diberikan . Minta saya hubungi Encik Hazwan untuk mendapat keterangan lanjut mengenai kaedah SMS. Selepas faham saya hubungi semula Dr.Ramzi bagi perbincangan dan Dr.Ramzi setuju untuk membeli aplikasi tersebut.

Pendakwa: Apa lagi arahan Dr.Ramzi
Nor Irwan: Bagi tujuan pembelian aplikasi, Dr.Ramzi salurkan wang RM1,000 kepada akaun saya dan saya pindahkan ke akaun yang diberikan oleh Encik Hazwan (pemilik syarikat aplikasi SMS), akaun tersebut namnya seorang wanita. RM450 untuk bayaran pendaftaran dan RM550 untuk pembelian kredit.

Pendakwa: Apakah tujuan pembelian itu?
Nor.Irwan: Tujuan pembelian tersebut adalah bagi membantu kempen pemilihan MT bagi pihak Dato’ Seri Idris Jusoh.


Pendakwa: Akaun SMS blast itu didaftarkan atas nama siapa?
Nor.Irwan: Didaftarkan atas nama saya.

Pendakwa: Bagaimana SMS blast digunakan?
Nor.Irwan: Bagi menggunakan SMS blast kita perlukan sebuah komputer, sambungan internet, ID dan password. Kita bolehlah menghantar SMS kepada seberapa ramai yang kita mahukan. Kita juga boleh mengubah kolum penghantar. Biasa `sender’ adalah nombor handphone kita sendiri, SMS blast ini boleh diubah nama sender kepada sesiapa sahaja.

Pendakwa: Kemudian selepas itu apa yang awak lakukan?
Nor Irwan: Saya ada hantar SMS memo percubaan kepada handphone Dr.Ramzi dan handphone saya sendiri sebanyak dua kali. Kali pertama tidak berjaya kerana tidak dimasukkan kod antarabangsa bagi Malaysia iaitu nombor 6. Kali kedua berjaya setelah dimasukkan nombor 6 pada pangkal nombor telefon itu.

Pendakwa: Bila dihantar memo SMS percubaan itu?
Nor Irwan: 6 Mac 2009.

Pendakwa: Apakah kandungan memo SMS itu?
Nor Irwan: Memo itu berbunyi “percubaan, Dato’ Seri Idris Jusoh’. Selepas itu saya lupa password dan hubungi semula Encik Hawzan untuk bantuan password baru.

Pendakwa: Apa password baru?
Nor Irwan: DSIJ 151155. DSIJ merujuk pada Dato’ Seri Idris Jusoh, 151155 adalah tarikh lahir beliau.


Pendakwa: Kenapa letak password sebegitu?
Nor Irwan: Sebab saya risau jika terlupa lagi dan bagi memudahkan.

Pendakwa: Siapa yang arah bukan akaun itu dan tujuan apa?
Nor Irwan: Akaun ini diminta dibuka oleh Dr.Ramzi bagi membantu kempen Dato’ Seri Idris sebagai calon MT.

Pendakwa: Adakah awak maklum pada sesiapa password itu (DSIJ 151155)?
Nor Irwan: Tak maklum pada sesiapa kecuali Dr.Ramzi atas permintaan beliau sendiri.

Pendakwa: Bila diberitahu password itu kepada Dr.Ramzi?
Nor Irwan: Minggu pertama April 2009 selepas habis kempen MT. Hantar melalui SMS dan tidak maklumkan kepada orang lain selain Dr.Ramzi.


Pendakwa: Bagaimana awak dapat tahu mengenai isu ugutan melalui SMS ini?
Nor Irwan: Saya dapat tahu melalui akhbar dan siaran berita TV. Seterusnya saya mengesyaki isu ini terbabit dengan akaun yang didaftarkan atas nama saya.

Pendakwa: Tentang password DSIJ 151155 ada beritahu pada sesiapa dan tulis di mana-mana.
Nor Irwan: Tidak ada,kecuali kepada Dr.Ramzi.

Pendakwa: Ada diterangkan kepada Dr.Ramzi cara penggunaan blast SMS .
Nor Irwan: Ada. Bertempat di pejabat Dr.Ramzi pada awal April 2009.

Pendakwa: Selepas syak isu SMS itu ada hubungan dengan akaun atas nama awak apa awak buat?
Nor Irwan: Saya hubungi Encik Hazwan untuk bertemu dan bincang masalah akaun tersebut. Dr.Ramzi pun ada hubungi saya bagi tujuan agar tutup akaun tersebut dan jika ada dipulangkan baki kredit dan kalau tak ada, tak mengapa.

Pendakwa: Di mana jumpa Encik Hazwan
Nor Irwan: Di Bangi Golf Resort pada malam saya ditahan polis pada 20 April 2009.

Pendakwa: Ada terima apa-apa arahan Dr.Ramzi?
Nor Irwan: Dr.Ramzi pesan supaya lindungi beliau dan ‘big boss’

Pendakwa: Siapa ‘big boss’ ikut fahaman awak
Nor Irwan: Kata-kata tersebut ikut fahaman saya merujuk kepada Dato’ Seri Idris Jusoh.

Prosiding kemudian ditangguhkan.

Apabila prosiding disambung semula pada sebelh petang, pendakwa kemudiannya meminta barang rampasan berkaitan kes seperti dua laptop, satu computer, satu set alatan permaian video, satu moderm digi, satu destop dan satu alat pembesar suara ditunjukkan kepada mahkamah.

Hakim Tuan M.Bakri Abd Majid kemudiannya menangguhkan perbicaraan kes dan disambung hari ini 27 Oktober 2010 jam 10.00 pagi.

No comments:

Post a Comment