Saturday 16 October 2010

Pembalakan Di Kenyir - TIDAK PERNAH SEBELUM INI...

Bahagian Ketiga - Balak Kenyir & EIA

Ahmad Said dan pegawai kerajaan negeri meninjau Pulau Bayas untuk dijadikan  Kawasan Bebas Cukai dalam tempoh antara 18 - 24 bulan akan datang.

Satu perkara yang tidak pernah sebelum ini dilakukan mengenai ‘pembersihan tunggul kayu dalam air’ ialah Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said begitu menekankan syarat ditetapkan mengikut Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Tidak pernah sebelum ini! Bukan mahu memperlekeh pentadbiran Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad atau Datuk Seri Idris Jusoh.

Dalam entri blog proPAS dan laporan Bernama yang dipetik Utusan Malaysia memetik Kelaba menyebut "Sekiranya aktiviti pembalakan 'dalam air' itu diteruskan, menurut jurucakap KELABA, ia akan memusnahkan 'sanktuari' habitat pembiakan semulajadi ikan di tasek berkenaan.”

 Dua rencana, "Syarikat Mek Hawa Cabul Alam Sekitar Tasik Kenyir" pada entri blog proPAS pada 13 Oktober 2010 dan Utusan Malaysia (14 Oktober 2010) dengan "Kelaba kecam pembalakan haram” ternyata menyimpang sama sekali.

Ini kerana kemusnahan alam sekitar tidak timbul kerana Profesor Sulong Ibrahim dari Universiti Malaysia Terengganu menyatakan " Dengan wujudnya aktiviti pembersihan pokok kayu mati dikawasan ini dapat meningkatkan kualiti air dikawasan ini kerana apabila kayu kayu tersebut terus mereput didalam air tanpa dikeluarkan ia memerlukan kira-kira 20 tahun untuk menjadikan kualiti air dikawasan itu bersih semula."

Lagipun menjadi syarat keluluasan yang diberikan oleh kerajaan Terengganu ketika ini yang terlalu ketat iaitu bersyarat dengan laporan kajian terlebih dahulu yang tidak pernah sebelum ini.

Kelulusan EIA perlu diperolehi oleh syarakat yang ditawarkan menjalankan kerja dan apabila dimulakan. Ia memerlukan pengawasan pegawai JAS dan jabatan lain yang berkaitan.

Amalan ini akan turut dilakukan apabila kerajaan Terengganu menawarkan kontrak kepada syarikat yang akjan menjalankan kerja membersih tunggul kayu dalam air sekitar beberapa pulau yang akan dibangunkan untuk menjadikan Kenyir – Destinasi Pelancongan Utama Terengganu dalam tempoh terdekat.

Kawasan sekitar Pulau Bayas yang akan dijadikan kawasan Bebas Cukai akan mengalami kerja pembersihan ‘tunggul dalam air’ dan jika pembangkang mahu mengkritik kerajaan, mereka perlu membuat kajian yang benar-benar lengkap dan tempat – jika tidak berdepan dengan kerja dan perbuatan tuduhan tidak berasas.

Kritikan cetek dan tidak berasaskan fakta tepat akan menjadikan rakyat Terengganu mentertawakan mereka!

Lagipun, menurut sumber Kerajaan Terengganu, ada konsultan yang dilantiki olej kontraktor yang menjalankan kerja pembersihan ‘tunggul kayu dalam air’ ini perlu menyediakan laporan bulanan kepada JAS mengenai status kesan alam sekitar akibat kerja ini.

Hakikatnya, begitulah tertibnya kerajaan zaman Ahmad Said terhadap alam sekitar apabila melakukan kerja pembersihan sedemikian.

Tak Pernah sebelum ini kerja dilakukan begitu tertib dengan mementingkan alam semula jadi dan persekitarannya.


Cuma yang menyedihkan ialah kenapakah baru sekarang kerja-kerja pembersihan Tasik kenyir dilakukan dengan tertib dan mementingkan penjagaan alam sekitar pada ketika khazanah Tasik Kenyir sudah hampir habis diambil.

Kenapakah kelulusan EIA boleh tidak dipedulikan dengan sewenang-wenangnya sebelum ini?

Bersambung Esok - Bahagian Akhir

No comments:

Post a Comment