Monday 9 August 2010

Siapa Lagi Difitnah Dan Diugut?

PERBICARAAN SMS UGUTAN BUNUH ADUN

Teganuku semalam melaporkan ada sesuatu yang menarik pada perbicaraan kes ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dijangka berlangsung pada 9 dan 10 Ogos 2010.

Malah, ia bukan sekadar menarik tetapi dikatakan akan berlaku kejutan. Kejutan apa tidak dipastikan.Namun, ia bergantung sama ada tertuduh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir hadir pada perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu itu.

Perbicaraan kes ugutan jenayah yang sepatutnya bersambung 31 Mei 2010 terpaksa ditangguhkan berikutan tertuduh mendapat cuti sakit kerana menjalani pembedahan tonsil.

Ahmad Ramzi, setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh itu dirawat di sebuah Hospital setelah menjalani pembedahan itu pada 29 Mei dan diberi cuti sakit sehingga 13 Jun lalu. Oleh itu dua sessi perbicaraan yang dijadualkan pada bulan Mei dan Jun 2010 terpaksa ditangguhkan.

Berikutan itu, Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh baru iaitu pada 9 dan 10 Ogos untuk perbicaraan kes berkenaan, dan ia juga akan disambung semula pada 21 hingga 23 September dan 26 hingga 28 Oktober.

Mengikut saman kepada saksi, mereka telah disaman supaya hadir ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada 9 dan 10 Ogos 2010 jam 8.30 pagi. Tetapi perbicaraan telah dimulakan pada jam 10.00 pagi. Perbicaraan telah dijalankan apabila Orang Kena Tuduh (OKT) hadir ke Mahkamah.


Semalam di Mahkamah Sesyen, saksi baru dipanggil untuk memberikan keterengan bagaimana sms dihantar oleh pemilik sistem SMS yang digunakan untuk menghantar SMS ugutan bunuh kepada tiga ADUN yang berkenaan.

Salah seorang saksi yang memberi keterangan, iaitu Hazwan pemilik Syarikat Mobile Biz Network yang juga merupakan pemilik sistem SMS yang digunakan untuk menghantar SMS ugutan bunuh kepada tiga ADUN yang berkenaan.

Pihak Pendakwa telah mengemukan soalan kepada Hazwan mengenai apakah sebenarnya sistem ini. Hazwan telah memberitahu Mahkamah bahawa sistem ini merupakan system hebahan SMS yang dihantar dadalam kuantiti yang banyak serentak yang hanya menggunakan platform internet.

Hazwan juga memberitahu Mahkamah bahawa sistem ini telah dibeli oleh seorang yang dipanggil Irwan(kakitangan Ibu Pejabat UMNO yang ditahan polis bagi siatan kes ini) untuk kegunaan seorang tokoh politik menyebarkan kempen melalui sms . Sistem yang dibeli ini tidak dikendalikan oleh beliau sebaliknya menyerahkan password dan ID kepada orang lain untuk kegunaan kempen pemilihan UMNO pada tahun lalu.

Apa yang menarik dari sistem yang ditunjukkan di layar kepada Mahkamah oleh Hazwan, SMS yang berbunyi “baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa ? “ juga dihantar kepada telefon bernombor 0199518800 .

Walaubagaimanapun tiada repot polis dibuat oleh pemilik nombor berkenaan.

Lebih sensasi lagi, dalam sistem yang dipamerkan di skrin mahkamah itu, nombor 0199836884 juga telah digunakan dalam sistem berkenaan menghantar sms ke nombor 0199518800 sejumlah dua kali. SMS pertama berbunyi “ mapuh ah mung !” (matilah engkau) menakala SMS kedua berbunyi “mapuh ah mung Derih !” (Matilah kamu Idris).
Dalam keterangnya kepada Mahkamah, Hazwan telah menggunakan komputer riba , projektor dan layar serta sambungan internet milik Mahkamah bagi demonstrasi sistem ini.

Tiga perkara menarik di sini:

Pertama, nombor baru yang dikemukakan di mahkamah, milik siapakah nombor 0199836884 ini?

Kedua, daripada keterangan Hazwan ini, jelas yang menghantar SMS Ugut Bunuh dan sebagainya bukan dilakukan oleh Wan Ahamad Wan Muda. Hazwan jelas mengakui sms dihantar melalui platform internet.

Ketiga, ugutan bunuh kini bukan berligar sekitar tiga atau empat ADUN awal tetapi apakah Datuk Seri idris Jusoh juga menerima ugutan bunuh?

Kini kes ini semakin hampir kepada siapa penghantar, kepada siapa dan siapa pula mengarahkan agar SMS Ugut Bunuh itu dihantar.

Tertuduh utama, Ahmad Ramzi didakwa atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April tahun lalu di E726 Kampung Kubang Parit.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi Adun, Abd Halim Jusoh (Adun Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) antara pukul 11.21 dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Dia turut didakwa atas tuduhan pilihan, menggunakan perkhidmatan internet bagi menghantar SMS berbunyi: "Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?" kepada tiga ADUN tersebut.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Ahmad Ramzi turut dituduh memfitnah Datuk Wan Ahamad Wan Muda, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan itu menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

No comments:

Post a Comment