Wednesday 4 August 2010

Anugerah Istana Untuk Ahmad Said


Hmm...hari ini Menteri Besar, Datuk Ahmad Said akan bergelar Datuk Seri Ahmad Said.
Apakah gelaran ini sengaja-sengaja diberikan oleh pihak istana Terengganu?

Bukan. Bukan. Bukan. Ia adalah pengiktirafan dan pengukuhan kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Benar sebelum ini Istana Terengganu mengatakan tidak ada sebarang pengurniaan sempena Hari Keputeraan ke-48 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kenapa pula tiba-tiba ada?

Soal ini jangan dibincang. Ia hak istana. Jika hendak diberikan, maka ia diberikan.

Begitu juga dengan gelaran. Ia hak ekslusif pihak istana.

Kita jangan jadi macam budak Mubin (Jarang Anak Melayu) yang sering pertikaikan semua perkara.

Selepas dia pertikaikan perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar (derhaka namanya tu..), dia persoalkan bagaimana Wan Ahamad Wan Muda diberikan gelaran Datuk (Dato’).

Jika membaca blog si Mubin ini (posting beliau pada 24 Mei 2010 bertajuk “YANG DIANUGERAHI GELARAN DATU$ – TAHNIAH”), amat jelas beliau mengatakan gelaran yang dianugerahkan kepada Wan Ahamad itu dibeli.

Lihat petikan daripada postingnya: “Amat dan maha munasabahlah beliau dianuBELIi gelaran Datu$ adanya. Kalau sekadar 180 ribu atau 200 ribu rial harganya, memang lebih daripada mampu untuk dianuBELIi atau dianuBAYARi. Hitunglah sendiri, satu bag baja sudah berapa rial? Satu batang balak, berapa rial pula harganya.... Kacang je tu...

Dirgahayu Datu$$$$$$......”

Apakah erti daripada tulisannya ini?

Tidakkah beliau gambarkan bahawa Istana Pahang adalah tempat berlakunya RASUAH apabila gelaran dan anugerah dapat dibayar?

Baca tulisan Mubin berikut:

“Bangga, megah, gah, sohor, bagak, besar hati, semarak dan banyak lagi kesinoniman kata bagi menggambarkan betapa gumbiranya (jangan betulkan ejaan anda) rakyat negeri Terengganu Darul Iman kerana adanya rakyat negeri Terengganu yang dianu.........i (jangan mengisi tempat kosong sebelum masanya) ‘darjah kebesaran’ sebuah negeri di Malaysia yang membawa gelaran DATU$.”

Persoalannya, apakah tidak cukup Mubin menghina Istana Terengganu dan kini ke Istana Pahang pula?

Kenapakah beliau begitu berani MENGHINA RAJA MELAYU?

Siapa Mubin ini? Lebih tinggi darjahnya daripada Raja?

Kalaupun tidak suka kepada Wan Ahamad, janganlah menghina pihak yang memberikan gelaran kepada beliau.

Apa hak Mubin mempertikaikan pihak yang memberikan gelaran atau anugerah kepada Wan Ahamad?

Anak Melayu manakah Mubin ini?

Selepas ini kita tunggu, apa dia nak kata kat Ahmad Said kerana gelaran Datuk Seri mulai hari ini.

No comments:

Post a Comment