"Segala pembangunan, pentadbiran yang kita buat adalah demi rakyat dan
inilah yang ditunjukkan dengan Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri
(Najib) dan saya percaya ini belanjawan terbaik untuk rakyat
Terengganu,"
- Datuk Seri Ahmad Said
Rata-rata pemimpin dan rakyat Terengganu berpendapat belanjawan itu, yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat semslsm, adalah belanjawan untuk rakyat.
Menteri Besar Terenggganu, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan Bajet 2013 adalah belanjawan yang dilihat amat bertepatan dengan inisiatif 'merakyatkan pembangunan dan pentadbiran' yang dilaksanakan kerajaan negeri Terengganu.
"Segala pembangunan, pentadbiran yang kita buat adalah demi rakyat dan inilah yang ditunjukkan dengan Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri (Najib) dan saya percaya ini belanjawan terbaik untuk rakyat Terengganu," katanya.
Ahmad Said berkata, banyak bantuan diberi secara langsung kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tunai RM500 diteruskan pemberiannya kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah selain diperluas kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2,000 ke bawah.
"BR1M memberi impak positif kepada rakyat, maka amat baik ia diteruskan demi membela rakyat," katanya sambil menyifatkan pemberian itu menunjukkan keadaan kewangan negara yang kukuh.
Selain itu, katanya, peruntukan RM5.8 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terutama untuk meningkatkan tanaman padi bakal memperkasa sektor pertanian di Terengganu.
"Saya gembira sektor pertanian dapat perhatian kerajaan dalam belanjawan ini. Saya percaya sub-sektor pertanian lain seperti bioteknologi akan mendapat limpahan daripada belanjawan ini terutama projek Kertih Biopolimer Park di Kemaman yang kami sasarkan pelaburan RM7 bilion menjelang 2015," katanya.
Ahmad Said berkata, pemberian bonus kepada penjawat awam juga menunjukkan kestabilan ekonomi yang diperoleh negara hasil pemerintahan Barisan nasional sejak 55 tahun lepas.
Sementara itu, Teganukita laporkan, pelbagai lapisan rakyat negeri ini menyambut baik pembentangan Bajet 2013 oleh kerajaan sambil menyifatkan ia satu anugerah yang mengembirakan kerana ia mencerminkan kenendak dan aspirasi rakyat negara ini.
Pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri ini juga turut mengalu-alukan pembentangan Bajet 2013 dan memberi reaksi positif kerana ia memberi peluang seluruh rakyat menikmati hasil pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam.
Najib menyediakan bajet yang mampu melahirkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan banyak memberi fokos kepada pelbagai golongan termasuk kakitangan awam, pesara kerajaan, petani, nelayan, golongan remaja, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan semua lapisan masyarakat
Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Terengganu, Dato, Syed Abu Bakar Abdullah yang gembira dengan pengumuman Perdana Menteri kerana tidak melupakan jasa dan khidmat pesara ketika membentangkan bajet berkenaan.
Katanya, pemberian bonus RM500 dan penyelarasan pencen daripada RM720 kepada RM820 sebulan kepada pesara bermula Januari 2013 membuktikan kerajaan menghargai golongan pesara.
Menurutnya, penyelarasan itu memberi maanfaat kepada 50,371 pesara yang membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun.
“Saya mewakili 2,000 ahli persatuan pesara kerajaan di Terengganu mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri,” katanya.
Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Terengganu, Hussein Awang Ngah berkata, beliau berharap penyelarasan pencen itu akan turut memberi manfaat kepada bekas anggota polis.
Katanya, persatuan itu yang mempunyai lebih 4,000 ahli di Terengganu yakin bajet yang diumumkan Perdana Menteri itu adalah berniat ikhlas dan bukan bajet pilihan raya seperti didakwa pembangkang.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Veteran UMNO Bahagian Besut, Yussof Kassim berharap, rakyat terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri khususnya parti yang diterajuinya Barisan Nasional (BN) kerana ia sebuah kerajaan yang mampu memberi jaminan kehidupan yang lebih baik dan terjamin kerana mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan cekap mengurusnya.
Katanya, sokongan rakyat kepada BN amat diperlukan bagi memberi kesinambungan kepemimpinan yang berkesan untuk membina sebuah negara yang aman dan disegani dunia luar kerana urus tadbir yang baik dan berkesan.
No comments:
Post a Comment