"Saya bangga disebabkan projek ini juga merupakan pelaburan utama
pertama oleh syarikat industri bioteknologi antarabangsa dalam negara,
yang akan meletakkan Malaysia setanding pengeluar dan pengeksport suapan
lain serta membuktikan bahawa sudah muncul sebagai penggiat utama dalam
forum inovasi global,"
- Datuk Sri Mohd Najib Razak
Malaysia masih berada pada landasan yang teguh dalam menerima pelaburan langsung asing (FDI) walaupun persekitaran ekonomi global dilihat tidak menentu.
Bagi suku pertama tahun 2012, negara mencatat kemasukan FDI bernilai RM13 bilion.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jelas terbukti bahawa para pelabur asing mempunyai keyakinan terhadap negara kita sebagai destinasi pelaburan pilihan utama.
Perdana Menteri menyatakan demikian berucap pada majlis Pecah Tanah Loji Biometionina dan Tiokimia bersepadu di Taman Biopolimer Kerteh, di Kemaman, semalam.
Mengenai projek bio-metionina, Najib berkata loji itu merupakan kemudahan pertama seumpamanya di dunia yang memproses penapaian dalam menghasilkan L-metionina.
"Saya bangga disebabkan projek ini juga merupakan pelaburan utama pertama oleh syarikat industri bioteknologi antarabangsa dalam negara, yang akan meletakkan Malaysia setanding pengeluar dan pengeksport suapan lain serta membuktikan bahawa sudah muncul sebagai penggiat utama dalam forum inovasi global," katanya.
Pokok Petai Belalang Untuk Loji Bio-Metionina. |
Bagi rakyat negara ini, khususnya di Kerteh dan Terengganu amnya, tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti negeri ini mampu mempunyai projek sebesar ini (dengan pelaburan RM2 bilion) yang akan membawa Terengganu sebaris dengan pengeluar dan pengeksport global.
Menteri Besar menanam pokok Petai Belalang. |
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Mazlan Ngah; Ketua Pegawai Eksekutif CJ Cheiljedang, Encik Kim Chul Ha dan Naib Presiden Eksekutif Arkema, Encik Marc Schuller.
Projek pembinaan loji bio-metionina tersebut diusahakan CJ Cheiljedang dari Korea dan Arkema dari Perancis, akan memulakan operasi pada akhir tahun depan.
Loji pengeluaran 80,000 tan metrik bio-metionina dan platform tiokimia itu akan dibina di atas tapak seluas 70 hektar dan turut memberi manfaat kepada ramai penduduk sekitarnya yanag akan membekalkan petai belalang sebagai bahan utama kilang.
Perdana Menteri berkata, pihaknya berharap projek tersebut juga akan turut memanfaatkan penduduk di negeri lain di mana mereka juga boleh mengusahakan tanaman petai belalang untuk dijual ke kilang berkenaan.
Perdana Menteri berkata Taman Biopolimer Kertih merupakan antara projek penting di zon ekonomi khas ECER, penumpuan projek berimpak tinggi dari Kertih di Terengganu ke Kuantan Pahang, yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di ECER.
"Saya difahamkan bahawa usaha sama antara CJ dan Arkema sahaja diunjur menjana pendapatan negara kasar (PNI) sebanyak RM11.1 bilion menjelang 2020 dan RM20 bilion nilai jualan, selain menyediakan 500 peluang pekerjaan, kebanyakannya untuk penduduk tempatan," kata Najib.
Perdana Menteri berkata kompleks biopenapisan itu dijadualkan beroperasi tahun depan, menggunakan tenaga boleh baharu daripada biojisim.
"Projek ini dijangka menjana PNI kumulatif sebanyak RM20.4 bilion menjelang 2020 dan menyediakan 2,500 pekerjaan untuk Malaysia.
Dengan unjuran FDI sebanyak RM7 bilion, kompleks seluas 1,000 hektar itu dijangkakan diduduki lapan pengusaha bioteknologi global menjelang 2015," katanya.
Projek bernilai RM2 bilion yang terletak di kawasan seluas 70 hektar itu merupakan projek kerjasama antara CJ CheilJedang dari Korea dan platform biokimia Arkema dari Perancis, yang bakal beroperasi pada Disember 2013.
Fasiliti bersepadu adalah yang pertama di dunia menggunakan proses penapisan dalam menghasilkan L-metionina, sejenis asid amino yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan haiwan.
Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) merupakan rakan kerjasama dalam menarik pelaburan itu ke Malaysia dan merealisasikan pelaksanaannya di Taman Biopolimer Kertih.
Najib berkata pelaburan itu membuktikan keyakinan mereka terhadap negara ini sebagai destinasi pelaburan pilihan utama.
"Apabila kerajaan menerima pelaburan asing masuk ke negara ini, selain daripada meningkatkan ekonomi negara, kerajaan juga akan juga menimbangkan bagaimana pelaburan yang diterima ini dapat memberi limpahan manfaat kepada rakyat.
"Manfaat dari segi peluang pekerjaan, perniagaan, peningkatan taraf ekonomi dan tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat setempat," katanya.
Sumber - Bernama & Teganukita
No comments:
Post a Comment