Kita berharap dengan analisis Teganuku ini, penjenguk dapat menyampaikan kepada rakan dan orang ramai khususnya di Terengganu bagaimana PAS yang kekeringan isu cuba menangguk di air keruh.
Akhirnya yang nampak 'tidak berakal' dan 'bodoh' ialah Ahli Dewan Undangan PAS (ADUN) yang membuat aduan itu tanpa menyelidik kedudukan sebenar sambil cuba menipu rakyat sedangkan fakta sebenar ditutup oleh mereka kerana kepentingan politik.
Ikuti siri pertama:
Bahagian Pertama:
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata ‘tragedi’ SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya selepas dua tahun (bumbung) stadium runtuh SSMZA dibiar (dan) tidak dibaiki, wlaupun ada jaga satu dua orang, stadium itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan,
“Ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,”jelasnya.
Beliau juga menempelak tindakan ‘pendakwaan terpilih’ yang hanya dibuathanya ke atas seorang juruteknik kerana menurutnya begitu banyak kesalahan yang berlaku dalam pembinaan stadium tersebut sebagaimana dilaporkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Apakah Dr Alias cuba mengatakan kerajaan negeri ‘lembam’, tidak menyediakan peruntukan dan tidak serius mengatasi isu ini?
Hakikatnya dalam membersih sisa keruntuhan, membaiki, membaik pulih dan kerja-kerja lain bersangkutan, memanglah kerajaan negeri besar peranannya. Apa peranannya?
1. Menyediakan peruntukan;
2. Menjamin kerja-kerja pembersihan dijalankan secepat mungkin;
3. Menjamin stadium dijaga dan dikawal untuk keselamatan barang, peralatan dan nyawa, serta
4. Meminta kerjasama jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya serta perbadanan stadium melakukan yang terbaik untuk tujuan itu.
Jika dirujuk kepada kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, beliau sudah beberapa kali mengatakan kekecewaannya kerana stadium itu masih belum tidak dapat digunakan. Malah suara-suara pemimpin UMNO juga kedengaran mengenai kelambatan proses membaik pulih stadium berkenaan.
Sebaliknya, Dr Alias berpandangan sebaliknya apabila menuduh kerajaan negeri dan UMNO khususnya sebagai pihak yang perlu dipertanggungjawabkan.
Namun tuduhannya itu ternyata tidak benar. Tidak benar itu maknanya BOHONG. Dengan berbohong, pemimpin PAS itu sudah membuat FITNAH.
Sedangkan hakikatnya:
1. Pengurusan Stadium berkata kelemahan kerajaan tidak berbangkit kerana stadium ini diurus oleh pihak pengurusan yang dibantu oleh pengawal keselamatan yang mencukupi;
2. JKR pula berkata pihaknya sering mendapat tekanan daripada kerajaan serta parti memerintah iaitu UMNO dan BN yang meminta stadium ini dibaiki segera. Namun oleh keranaa perkara ini melibatkan kepentingan awam serta risiko kemalangan nyawa, oleh itu pihaknya telah melantik juruperunding berintergriti bagi memeriksa tahap keselamatan untuk pembaikan stadium ini;
3. Sudah pasti dalam kes seperti ini JKR memerlukan masa untuk tujuan ini dan tidak boleh tunduk kepada tekanan parti memerintah atau pembangkang untuk cepatkan kerja pembaikan walaupun peruntukan yang mencukupi telah disediakan oleh kerajaan;
4. JKR menolak dakwaan berkata ‘tragedi’ SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan barisan Nasional (BN) kerana perkara ini berkait soal keselamatan nyawa manusia.Dengan kata lain, JKR tidak boleh tunduk kepada tekan UMNO mahupun PAS.
5. Apabila kajian perunding selesai, JKR akan mulakan kerja-kerja pembaikan stadium ini kerana kerajaan telah menyediakan peruntukan yang mencukupi.
Hakikatnya, JKR mengatakan kemungkinan punca sebenar keruntuhan dalah kecuaian pihak akitek perunding semasa menyediakan rekabentuk stadium ini.
Kerana itu tindakan haruslah diambil terhadap akitek yang cuai ini dan bukanya kepada pegawai dan kakitangan jabatan yang telah menyelia pembinaan stadium ini hingga siap dan dapat digunakan sebagai venue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) yang telah mengharumkan nama Terengganu sebagai kuasa baru sukan negara.
Kenapakah pemimpin PAS tidak cuba mencari fakta yang tepat tetapi lebih berminat memutarbelitkan fakta?
Bersambung
No comments:
Post a Comment