Friday 17 February 2012

Isu Stadium Runtuh - PAS Tidak Bermoral Salahkah BN,UMNO

Adalah tidak bermoral sama sekali PAS menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam isu keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dan kejadian kecurian baru-baru ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata ‘tragedi’ SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan barisan Nasional (BN)

 

“Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, walaupun ada jaga satu dua orang, stadium itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan.

“Ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,”jelasnya.

Apakah kenyataan ini wajar dengan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional?

Cerdikkah Dr. Alias berkata begini dan tidakkah beliau melakukan pembohongan besar apabila menyalahkan kerajaan BN sedangkan hakikatnya kerajaan negeri hanya menyediakan peruntukan dan kerja-kerja serta penyeliaan dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan yang ditugaskan.

Inilah yang seingkali dikatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, orang politik selalu dijadikan ‘bakul sampah’ sedangkan pegawai dan penjawat awam yang ditugaskan melaksanakan tugas bebas daripada cacian dan penghinaan!


Dalam urusan pentadbiran negeri, penerimaan sesuatu projek dibuat oleh sebuah jabatan yang dipertanggungjawab dalam pelaksanaan dan seliaannya.

Dengan kata lain, jika projek itu diurus oleh Pejabat Daerah, pejabat berkenaanlah yang akan menerima serahannya apabila projek itu siap. Ia tidak perlu dibawa kepada kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk menerima serahan sesuatu projek.

Ikuti apa yang dilaporkan oleh buletinonlines (BOS)semalam.

Dalam isu Stadium Sultan Mizan, serahan projek telah dibuat olek kontraktor-kontraktor projek kepada Jabatan Kerja Raya semasa projek berkenaan disiapkan. Jabatan Kerjaraya telah menerima serahan projek ini bagi pihak Kerajaan Negeri. Seterusnya pegawai berkenaan mengulas kejadian malang keruntuhan stadium ini adalah akibat kecuaian pihak akitek perunding semasa menyediakan rekabentuk stadium ini.

Tindakan haruslah diambil oleh pihak kerajaan terhadap akitek yang cuai ini dan bukanya kepada kami pegawai dan kakitangan Jabatan yang telah menyelia pembinaan stadium ini hingga siap dan dapat digunakan sebagai venue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) yang telah mengharumkan nama Terengganu sebagai kuasa baru sukan Negara. Pegawai berkenaan menambah keruntuhan bumbung stadium ini tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana parti politik, UMNO mahupun Barisan Nasional. Semasa Terengganu dibawah kerajaan PAS pada tahun 1999 yang lalu, kami juga yang berkhidmat menjaga projek-projek pembangunan. Apabila negeri ini diambil alih semula oleh Barisan Nasional, kami juga yang jaga projek-projek pembangunan. Kebetulan bumbung stadium yang runtuh didirikan semasa pemerintahan Barisan Nasional.

Pegawai berkenaan seterusnya menyatakan, dalam isu ini kerajaan yang memerintah hanyalah meluluskan belanjawan sahaja. Keseluruhan perjalanan projek Stadium Sultan Mizan adalah diuruskan pegawai kerajaan dan bukanlah oleh orang politik .

Soalan ialah apakah PAS begitu terdesak mencari isu untuk meyakinkan rakyat menyokong mereka?

Tidakkah dengan tuduhan ini bermakna PAS memperlekehkan penjawat awam pada ketika mahu menuduh UMNO dan BN bertanggungjawab?

Rakyat tidak akan termakan dengan laporan kepada SPRM dan tuduhan seperti ini kerana pihak yang menjadi penyebab atau yang mendatangkan masalah bukan UMNO atau kerajaan negeri.

Kenapa PAS mengelak untuk menuduh pihak-pihak lain yang sepatutnya di bawa ke muka pengadilan dalam kes ini?

No comments:

Post a Comment