Wednesday, 13 April 2011

Idris Jusoh Belanja Duit Poket Sendiri?

JOM IKUT IDRIS JUSOH KE LONDON (Bahagian Ketiga)


Program ‘makan angin’ dan retreat di London yang diatur oleh Ketua UMNO Bahagian Besut membabitkan 46 orang. Kalau belanja RM10,000 seorang bermakna RM450,000.

Bagaimana kalau lebih?

Persoalannya, duit dari mana Idris gunakan untuk membawa ‘hamba rakyatnya’ itu?

Apakah semua yang ikut Idris itu belanja sendiri? Banyak pulak tu!

Tidak mungkin sama sekali.

Ini kerana bukan semua yang ke London itu berupaya atau ada duit. Dan kalau yang ada duit pun apakah mereka merelakan untuk berbelanja hanya kerana untuk retreat bersama Idris?

Ada beberapa teori mengenai perbelanjaan mengikut Idris ke London ini:

Pertama, semua perbelanjaan ditanggung – tambang pergi balik, hotel dan kediaman, makan minum serta duit poket dibiayai oleh Idris.

Satu dunia tahu Idris memang kaya. Dia bukan ‘cap ayam’ dari segi kedudukan ekonominya. Dia bukan anak petani atau ‘Tok Penyadat’ macam bapa Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Bapa Idris bukan orang susah. Dia dikenali di Terengganu sejak zaman Ibrahim Fikri lagi. Bapa Idris tauke sawmill, Ketika belajar di Universiti Sains Malaysia pada awal 1980-an dia sudah pakai kereta. Kereta Toyota Hardtop walaupun bukan baru ketika itu jarang boleh dipakai oleh mahasiswa.

Idris tidak hairan pasal duit. 10 tahun dia jadi ‘ketua’ di Terengganu bermula dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri selama lima tahun, dia dah kenyang.

Ketua Perhubungan UMNO Negeri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serah bulat-bulat kepada Idris. Pembangunan fizikal berjalan rancak dan pastinya ‘banyak masyuk’ ke poket Idris.

Ini belum peruntukan UMNO dan sebagainya.

Dunia juga saksikan bagaimana Idris membuat duit ketika jadi Menteri Besar selama lima tahun. Memanglah dia tidak didakwa atau di hadapkan ke mahkamah tetapi projeknya semua mega.

1. Lapangan Terbang Sultan Mahmud;
2. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
3. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2;
4. Kolam Renang;
5. Taman Tamadun Islam;
6. Taman Ilmu di Besut;
7. Monsoon Cup;
8. Masjid Hadhari; dan banyaklah lagi.

Tak tersebut, banyak sangat. Dan tahulah sendiri, Ini belum lagi Jusoh Enterprise yang mendapat projek merata tempat. Adik beradik dan ipar Idris bermaharajalela ketika Idris menjadi Menteri Besar. Punya banyak!

Projek di Besut seperti Jerteh Souk dan beberapa yang lain di bawah kawalan keluarga Idris.

Jadi kalau Idris belanja RM1 juta untuk trip macam ini pun kita tak heran dan bukan di luar kemampuannya.

Kedua, menggunakan peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sepatutnya dibelanjakan untuk projek rakyat untuk ke London. Ini kemungkinan saja!
Parlimen Besut mempunyai empat Dewan Undangan Negeri iaitu Hulu Besut, , Jerteh, Kuala Besut dan Kota Putera.

Jika digunakan duit peruntukan untuk ADUN berkenaan ke London sebanyak RM20,000 pun seorang pun dah lepas. Ada mengatakan empat ADUN berkenaan terpaksa menggunakan RM50,000 seorang selain untuk turut membiayai beberapa orang lain.

Ini cakap-cakap atau ramalan saja. Mungkinnnnn….

Namun kalau dicampur semuanya, jumlahnya dikatakan mencecah RM200,000 sahaja bagi empat DUN berkenaan. Tidak cukup. Tetapi sekurang-kurangnya menampung duit yang dikeluarkan daripada poket Idris sendiri.

Jadi banyak sangat kemungkinan-kemungkinannya.

Ada kalangan yang mengikut Idris ke London itu apabila ditanya apakah mereka mengeluarkan duit, jawapan mereka ialah ‘Tidak, semuanya ditanggung beres oleh bos….”

Jadi di sini timbul pertanyaan: Kalau Idris yang keluar belanja semuanya, tidakkah ini sesuatu yang boleh dianggap ‘merasuah AJK Bahagian UMNO, orang persaorangan dan individu terpilih’?

Tak kanlah Idris senang-senang keluar belanja tanpa ada tujuan?

Kedua, kalau gunakan duit peruntukan wakil rakyat untuk menampung sebahagian belanja, ini sudah guna wang rakyat untuk peribadi.

Apakah wakil rakyat di Besut berani berbuat demikian?

Tidak mungkin kerana Pejabat Daerah yang mengawal peruntukan DUN boleh melepaskan duit begitu sahaja.

Namun yang pasti, ada yang tidak kena dalam konteks peruntukan ‘Ikut Idris ke London Ini’.

Persoalannya di mana dan bagaimana?

Ikuti Bahagian Keempat –Ada Agenda Khusus di London?

Monday, 11 April 2011

Idris Jusoh Takut ‘Hilang Nyawa’?


JOM IKUT IDRIS JUSOH KE LONDON (Bahagian Kedua)

Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengetahui kenapa Idris Jusoh begitu beria-ia membawa ‘orang-orangnya’ ke London.
Seperti dikatakan dalam bahagian pertama, Idris bersama-sama 46 penyokongnya ke London pada 31 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Tambang Murah (LCT).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh, mempunyai misi khusus yang bermatlamatkan meletakkan semula dirinya dalam arus perdana politik Terengganu.

Dengan terpelantingnya beliau daripada jawatan Menteri Besar pada Mac 2008, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO hilang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri ini sangat penting dan sangat perlu bagi Idris. Namun apakah daya, kegagalan mengekalkan kerusi Menteri Besar menyebabkan beliau terpaksa gundah gulana dan berulang alik Kuala Lumpur- Terengganu untuk survival politiknya.’

Nasibnya baik kerana Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said belum berminat bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi. Lagipun, bua apa nak bertanding kerana sebagai Menteri Besar, Ahmad Said secara automatic duduk dalam setiap mesyuarat berkenaan.

Kalau diberikan pilihan, Idris mahu menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berbanding Ahli Majlis Tertinggi.
Kenapa tidak? Idris dan orangnya tentunya kini bimbang mereka akan digugurkan!
Tetapi siapa kata Ahmad Said akan gugurkan mereka?

Apakah Ahmad Said sekejam Idris? Apakah Ahmad Said jenis makan kawan?

Apakah Ahmad Said jenis zalim seperti Idris?

Idris ternyata makan kawan dan zalim apabila menggugurkan Datuk Rahman Bakar (Ahli Parlimen Marang), Datuk Rosli Mat Hassan (Ahli Parlimen Dungun), Datuk Tegku Putera Tengku Awang (Ahkli Parlimen Hulu Terengganu) Ahmad Said (ADUN Kijal), menukarkan Datuk Jidin Shafie dari ADUN ke Parlimen dan begitu juga dengan Datuk Nasir Ibraim Fikri dari DUN ke Parlimen.

Ahmad Said dapat menjadi wakil rakyat kerana ada bantahan. Kalau tidak bantah, Ahmad Said tidak jadi wakil rakyat dan tidaklah berada di tempatnya sekarang – Menteri Besar.

Amat jelas.Idris semakin takut dengan bayang-bayang dan ‘dosanya’ sendiri apabila semakin hampir dengan pilihan raya. Kenapa?

Kerana perangai buruknya,- derhana kepada Sultan, menggugurkan rakan-rakn politik daipada bertanding dalam pilihan raya, melaksanakan ‘projek runtuh’ serta juga melakukan kerja-kerja untuk ‘menggulingkan Ahmad Said’ seperti bersubahat dengan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Dr Ramzi Abdul Rahman menghantar sms Ugut Bunuh dan banyak lagi – Idris jadi takut.

Dia bukan sahaja takut dirinya digugurkan sebagai wakil rakyat tetapi terpaksa melindungi sahabat dan anak didiknya yang kini menjadi ADUN dan Exco.

Persoalannya kenapa sampai begitu sekali? JIka mereka semua menjalankan tugas dengan berkesan dan diterima rakyat, tidak ada sebab untuk Ahmad Said menggugurkan mereka.

Malah, Ahmad Said bukan tidak tahu dan tidak dapat membaca signal daripada Perdana Menteri bahawa yang bagus dan kerap turun padang akan dikekalkan bertanding untuk Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Cuma persoalannya, kenapa sampai pujuk dan bawa orangnya ke London? Strategi apa yang sedang Idris rancangkan?

Amat jelas, Idris kini perlukan ‘nyawa politik’ dan hanya dua orang sahaja yang tentukan kedudukannya. Pertama, Ahmad Said di peringkat negeri dan Kedua, Datuk Seri Mohd Najib Razak di peringkat Pusat.

Persoalannya, jika Idris dan anak buahnya bimbangkan akan digugurkan, apakah pertemuan di London itu membuat apa-apa pakatan?

Pakatan apa pula yang dirancang? Mendesak Ahmad Said mengekalkan semua mereka?

Atau mendesak melalui bahagian atau ADUN supaya jangan melantik Ahmad Said bagi penggal kedua, kalaupun UMNO/Barisan Nasional kembali memerintah Terengganu?

Esok – Idris Belanja Duit Poket?

Saturday, 9 April 2011

JOM IKUT IDRIS JUSOH KE LONDON...


Bahagian Pertama:

Dengar cerita dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Tambang Murah (LCT), Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh, Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh berada di London sejak 31 Mac lalu dan balik ke tanah air hari ini (10 April 2011).

Mesyuarat MARA ke?

Atau datang melancong dan berehat selepas penat bekerja?

Tidak pasti sama ada ia untuk tujuan itu.

Namun ada pihak dari Kota London menceritakan Idris ‘duduk’ di Kota London dan tidak pun ke Paris atau ke Dublin atau Glasgow dari kota berkenaan.

Idris tidak tinggal langsung kota atau ibu negara bekas penjajah Tanah Melayu itu.

Idris yang juga Ketua Bahagian Besut ( ada empat ADUN dalam Parlimen Besut – Jerteh, Hulu Besut, Kota Putera dan Kuala Besut) bukan sekadar ada di London besama dengan keluarganya semata-mata.

Bersama-sama Idris ada kira-kira 46 orang lagi turut serta bersamanya.

Melancong? Makan angin? Menikmati keindahan Kota London dengan bas dua tingkat, Buckingham PalaceTrafalgar Square, Tower of London, Palace of Westminster, London Eye, Tower Bridge dan sebagainya?;

Pihak yang membawa berita mengatakan itu bukan tujuan atau matlamat utama Idris dan rombongan ke sana!

Idris ke sana kerana ada misi.

Misi apa?

Sebelum menjelaskan misinya, kita tinjau secara ringkas kedudukan Idris selepas digugurkan sebagai Menteri Besar oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang ketika ini masih Yang DiPertuan Agong.

Bagaimana kedudukan Idris ketika ini?

1. Dia kini Pengerusi MARA dan juga orang penting di Ibu Pejabat UMNO yang merangka strategi UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke 13;

2. Dia kini Ketua Bahagian UMNO yang satu-satunya di Terengganu ‘tidak tunduk’ dan ‘tidak akan ‘pernah tunduk kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said’;


3. Dia kini ADUN Jerteh, yang satu-satunya merasakan dirinya lebih tinggi dan lebih mulia daripada Ahmad Said kerana pernah menjadi Menteri Besar dan ‘digulingkan’ bukan oleh parti dan rakyat tetapi oleh istana;

4. Sebagai ADUN, Idris berdendam bukan sahaja kepada Tuanku Mizan kerana menggugurkannya dan juga Ahmad Said kerana exco ketika pentadbirannya kini menggantikannya, sedangkan baginya kalaupun tidak beliau tetapi biarlah orang-orangnya seperti Datuk Rosol Wahid (ADUN Ajil, bekas Exco), Datuk Din Adam (ADUN Bukit Besi, bekas Exco) atau mungkin Alias Abdullah (ADUN Alor Limbat, seorang peguam);

5. Dia semakin merasakan kedudukannya ‘tidak selamat’ kerana banyak faktor. Antaranya, jika digugurkan sebagai calon dia akan kehilangan segala-galanya dalam politik; orang kuatnya, Datuk Dr Ramzi Abdul Rahman (bekas Setiausaha Politiknya, semakin jelas yang menghantar sms Ugut Bunuh di mahkamah) dan akan menjejaskan politiknya jika Dr Ramzi dijatuhi hukuman di mahkamah; dan projek-projek ‘kelas dunianya’ di Terengganu ada yang runtuh, bocor, terbengkalai dan ‘lingkup’;

6. Ramai daripada penyokong kuatnya kini ada yang sudah menyeberang kepada Ahmad Said dan ‘hard core’ seperti Rosol dan Alias (kecuali Din Adam) semakin ‘baik’ dengan Ahmad Said;

7. Kedudukan Ahmad Said yang kembali menerajui UMNO Terengganu sebagai Pengerusi Perhubungan benar-benar mencabar beliau yang sebelum ini begitu seronok ketika dipimpinan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. ‘Dakar Barat Idris Jusoh’ kini sering menyanyikan lagu sumbang!

Selepas memahami sedikit sebanyak latar belakang Idris, adalah baik untuk kita mengetahui dengan jelas apakah tujuan sebenar Idris dan 46 ahli rombongannya buat di Kota London.

Ikuti Bahagian Kedua Esok