Setakat ini beliau mengatakan saman akan dikemukakan kepada sebuah akhbar.
Permainan ini menarik khususnya ketika hampirnya pilihan raya umum. Perang dengan media membuktikan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai wira 'Bugis yang sebenarnya'. Memang berani!
.
Tindakan tersebut susulan laporan yang disiarkan di muka
hadapan akhbar arus perdana tersebut kelmarin yang masih membangkitkan isu
yang pernah dinafikannya.
Laporan itu dikatakan mendakwa pokok berkenaan telah mati.
Sedangkan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kaitan dengannya.
"Saya amat terkejut sebab isu ini telah selesai. Isu
tidak ada kena mengena dengan kerajaan, jadi saya tidak tahu apakah motif
ditimbulkan semula isu ini.
Saya sedang meilhat dan menilai semula, kemungkinan
kita akan serah kepada perundangan," katanya dalam sidang media selepas
merasmikan Minggu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di Kuala
Terengganu.
Menariknya hari ini, anggota parlimen Kuala Terengganu
Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad menyifatkan pentadbiran kerajaan Terengganu
sebagai “baham gambang” atau pentadbiran tidak terurus dan terburu-buru susulan isu berkaitan pokok benang sutera yang
kini dikatakan sedang mengalami ‘musim
daun gugur’.
Macam ada empat musim di Terengganu ini, sedangkan kini
ada hujan yang turun walaupun tidak sekerap mana.
Raja Bahrin yang turut menyifatkan pokok yang nama
saintifiknya ceiba speciosa dari Brazil itu sebagai mercu tanda Bandar Baharu
Kuala Nerus.
“Namun setelah mendapat kritikan ramai rakyat Terengganu
dan Malaysia, saya mendapati kerajaan negeri telah menafikan, ini menunjukkan
orang Terengganu kata 'baham gambang',” katanya.
Apakah Raja Bahrin juga akan menjadi bahan tindakan samanab oleh Ahmad Razif?
Semalam, laporan media menyebut, Menteri Besar menjelaskan,
pokok itu hanya mengalami masalah keguguran daun dan luruh, namun akan kembali
pulih dalam tempoh dua ke tiga bulan.
Menurutnya, dia terkejut kerana pokok tersebut yang
sebelum ini sudah beberapa kali dijadikan isu, kembali ‘panas’ memandangkan
isu-isu berkaitan sudah dijelaskan.
“Jadi, saya sedang melihat dan menilai semula kemungkinan
kita (kerajaan) akan serah kepada pihak perundangan untuk melihat, ada tak
keperluan (tindakan undang-undang) dan untuk melihat apa isu sebenarnya yang
nak dikemukakan,” katanya.
Ahmad Razif menjelaskan, pihaknya sudah mendapatkan
maklumat daripada pihak nurseri yang menyatakan, pokok itu akan kembali pulih
seperti sedia kala.
Beliau sebelum itu ditanya pemberita berkenaan dakwaan
bahawa pokok itu atau nama saintifiknya 'ceiba speciosa' dari negara
Brazil itu telah mati ekoran faktor cuaca yang tidak sesuai.
Tambah Ahmad Razif, beliau telah dimaklumkan oleh pihak
nurseri yang membekalkan pokok tersebut bahawa ia tidak mati sebaliknya sedang
mengalami proses daun luruh malah ia akan tumbuh semula dalam tempoh tiga
bulan.
"Sepatutnya pemberita rujuk kepada nurseri atau tuan
punya pokok..jangan hentam sahaja, kita tidak terlibat untuk menjaga dan ia
tiada kena mengena dengan kerajaan, kalau ia mati sekalipun masih tiada kena
mengena dengan kerajaan," katanya dalam nada tegas.
Sebelum ini, Ahmad Razif berkata, pokok berkenaan
disumbangkan oleh pemaju Bandar Baru Kuala Nerus sebagai landskap daerah baharu
itu.
Sementara itu pembekal, yang juga Jurutera Landskap
Bandar Baru Kuala Nerus Mohd Nair Md Amin berkata keadaan terkini pokok benang
sutera itu adalah situasi biasa apabila dalam keadaan cuaca panas, dan bukannya
mati seperti didakwa.
"Kita tanam pokok ini lima bulan yang lalu. Iklim
cuaca daripada negara asalnya (Brazil) juga adalah dua musim iaitu panas dan
sejuk. Sekarang, kita dalam keadaan cuaca panas untuk lima atau enam bulan ini,
jadi ia menyebabkan daunnya gugur.
"(Daunnya) gugur banyak kerana kita baru tanam.
Untuk ia pulih semula memang memerlukan proses pengguguran daun. Pokok ini
masih hidup lagi. Kelembapan air masih cukup..cuma perlukan masa daunnya tumbuh
semula.
Tidak boleh dijangka bila akan keluar daun tetapi tanda-tanda
pengeluaran daun itu sudah bermula dan bahagian atas masih berdaun,"
katanya yang ditemui pemberita di kawasan penanaman pokok itu.
Pokok berkenaan dikatakan tidak memerlukan air terlalu
banyak dan terlalu kering malah hanya perlu disiram tiga kali seminggu sahaja.
Beliau turut menafikan laporan akhbar terbabit
memandangkan tunas baru telah mula tumbuh.
Pihaknya mempunyai pengalaman
menjaga pokok itu selama setahun setengah di nurseri serta yakin ia akan hidup
seperti asal apabila serasi dengan keadaan sekeliling.
No comments:
Post a Comment