Sunday 28 March 2010

ULASAN/JAWAPAN KEPADA ANALYSIS JOCELINE TAN DARI THE STAR “BRACING FOR WINDS OF CHANGE” 2 MAC 2010

1. Tajuk berita (headline) ‘Bracing for Winds of Change’ adalah ‘misleading’ kerana wartawan tersebut membuat andaian berdasarkan SMS yang tersebar luas di kalangan wartawan dan orang-orang tertentu dalam politik. SMS tersebut telah disebarkan dua atau tiga hari sebelum YAB Menteri Besar dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung kembali ke tanah air dari Germany dan mengerjakan Umrah.

2. Sub header ‘There is intense speculation in Terengganu that the leadership issue in the state will be resolved soon’. Tajuk kecil ini sekali lagi merupakan andaian bersandarkan kepada SMS yang disebarkan.

3. Kedua-dua Tajuk Berita dan Tajuk Kecil ini sahaja jelas menunjukkan wartawan Joceline Tan tiada kredibiliti kerana memperlihatkan kepercayaannya kepada khabar-khabar angin yang disebarkan secara meluas dikalangan wartawan tempatan. Wartawan The Star di Kuala Terengganu (En Murali) tidak membuat berita berdasarkan SMS yang disebarkan itu kerana beliau sudah sudah faham akan taktik yang digunakan oleh orang-orang tertentu yang anti Dato’ Ahmad Said berdasarkan beberapa SMS yang beliau terima sejak perlantikan Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar dari bulan Mac tahun 2008.

4. Isu yang hangat diperkatakan dalam SMS terkini itu adalah:

1 – Dato’ Ahmad Said pergi ke Germany dengan seluruh ahli keluarganya.

2 – Dato’ Ahmad Said pergi ke Germany untuk mengadap Seri Paduka Baginda tetapi gagal berjumpa dengan Seri Paduka Baginda.

3 – Dato’ Ahmad Said pergi mengadap Seri Paduka Baginda kerana dikatakan menghadapi tekanan untuk melepaskan jawatan Menteri Besar.

4 – SMS mempersoalkan bahawa lawatan ke Germany adalah pembaziran duit rakyat dan mempertikaikan mengerjakan Umrah kerana Dato’ Ahmad Said baru sahaja menunaikan Haji.

5. Isu pertama telah dijawab dengan jelas oleh Dato’ Ahmad Said setibanya beliau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 26 Februari 2010 kepada wartawan tempatan yang hadir bahawa beliau pergi diiringi isteri dan Setiausaha Sulit Beliau.

Isu kedua juga dijelaskan bahawa beliau mengiringi Seri Paduka Baginda yang menjalani rawatan susulan di Germany dan juga semasa mengerjakan Umrah. Soal Dato’ Ahmad Said gagal mengadap atau bersama Seri Paduka Baginda tidak timbul sama sekali dan merupakan tohmahan yang berniat jahat dan untuk menimbulkan keraguan dikalangan rakyat.

Isu ketiga bahawa Dato’ Ahmad Said berada dalam keadaan tertekan untuk melepaskan jawatan juga tidak timbul kerana ia hanya merupakan andaian dan usaha untuk menimbulkan spekulasi. Isu ini dikaitkan juga dengan spekulasi akan berlaku pertukaran kerajaan (bukan rombakan cabinet) bulan Mac ini. Ini adalah sesuatu yang tidak logik kerana pertukaran kerajaan bermakna Datuk Seri Najib tidak akan lagi menjadi Perdana Menteri. Dan jika berlakupun rombakan cabinet, ia tidak menjejaskan kedudukan Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang direstui Seri Paduka Baginda.

Isu keempat bahawa lawatan ke Germany adalah suatu pembaziran duit rakyat merupakan satu penghinaan kepada institusi Menteri Besar dan institusi Di Raja kerana Menteri Besar merupakan ‘memanda’ kepada Sultan Terengganu (Seri Paduka Baginda) dan berkewajipan mengiringi Tuanku dalam keadaan-keadaan tertentu.

6. Laporan The Star yang mengatakan ‘ …he will mark his second anniversary as Mentri Besar in March and is clear by now that the state has slipped back into being a sleepy hollow after the fast-track years of Idris.’ Adalah satu andaian yang menghina kewibawaan Dato’ Ahmad Said dan jelas statement yang dibuat bergantung kepada maklumat dari orang ketiga yang anti Dato’ Ahmad Said. Statement itu juga jelas menunjukkan wartawan tersebut tidak mendapat gambaran sebenar tentang pembangunan yang sedang rancak dibangunkan dan yang lebih mementingkan kepentingan rakyat.

7. Laporan Joceline Tan yang yang mengatakan ‘Ahmad’s style is welfare-oriented quite alienated from the forward looking Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.’ Juga menunjukkan bahawa wartawan gagal memahami keadaan socio-politik Terengganu dan gagal menyelami konsep Juara Rakyat yang dilaungkan kerajaan dimana Rakyat Didahulukan. Joceline Tan gagal ‘capture’ mood ‘fast track projects’ yang dilaksankan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh yang kebanyakkanya ‘costly’, tidak mengikut piawaian sehingga banyak projek yang runtuh hanya selepas setahun siap yang menimbulkan kemarahan rakyat.

Projek-projek mesra rakyat Dato’ Ahmad Said tidak ditonjolkan seperti yang berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, kebajikan dan pelancongan yang lebih diperlukan rakyat. Menjadikan pelancongan sebagai prioriti menunjukkan bahawa Dato’ Ahmad melihat bahawa Terengganu tidak boleh bergantung kepada hasil minyak untuk selama-lamanya dan beliau melihat pelancongan sebagai sumber ekonomi yang boleh diceburi rakyat secara langsung dan tidak langsung. Perkara ini gagal dilihat oleh Joceline Tan.

8. Sebahagian besar badan cerita Joceline Tan merupakan ‘flashback’ kepada insiden-insiden yang lama dan membuat perbandingan antara corak pemerintahan Dato’ Seri Idris Jusoh dan Dato’ Ahmad Said. Perbandingan ini tidak adil kerana zama Dato’ Seri Idris Jusoh kerajaan ketika itu mendapat wang ehsan dari kerajaan pusat dan wang ini mudah diluluskan, maka banyak projek-projek mega dapat diadakan.

Zaman Dato’ Ahmad Said terdapat kekangan kerana kerajaan menuntut kembali wang royalti minyak. Oleh kerana itu perbelanjaan perlu berhemah dan tertumpu kepada projek-projek yang boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat. Maka isu projek mega yang hanya akan dinikmati oleh kontraktor dan segelintir rakyat, tidak timbul pada zaman pemerintahan Dato’ Ahmad Said.

9. Laporan yang menyebut ‘He also raised eyebrows for promoting his senior private secretary which was equivalent to a triple jump in the civil service.’ Perkara ini pernah berlaku seperti pengelola Istana Negara dari gred 48 naik ke Jusa dan Pengarah Yayasan Terengganu sebelum ini. Ini adalah amalan biasa dalam mana-mana pentadbiran kerajaan negeri.

10. Laporan yang menyatakan ‘…his inability to command the respect and support of his own assemblymen. At least 10 of them – labelled “Sepuluh budak hitam” – or 10 black sheep – are not still with him. Statement ini jelas menunjukkan bahawa Joceline Tan tidak mengikuti perkembangan semasa kerana keadaan hampir stabil dan tinggal hanya tiga orang yang masih menentang iaitu YB Alias Abdullah dan YB Rosol Wahid. Manakala YB Din Adam sudah menjadi Pegawai Khas Dato’ Seri Hishammuddin.

11. Laporan Joceline Tan jelas menunjukkan ‘bias’ beliau kepada kumpulan penentang dan ‘access’ beliau hanya kepada kumpulan penentang Dato’ Ahmad Said. Beliau tidak mempunyai access kepada Dato’ Ahmad Said seperti belaiu mempunyai access kepada Dato’ Seri Idris Jusoh. Maka tidak hairanlah laporan beliau lebih menampakkan sokongan atau ‘slant’ beliau kepada Dato’ Seri Idris Jusoh.

No comments:

Post a Comment