Sunday 28 March 2010

HISHAMUDDIN NAFIKAN "SMS MINTA AHMAD SAID LETAK JAWATAN “

Analisa berita akhbar Sinar Harian 28 Februari 2010 mengulas isu ini merupakan isu panas melampaui jangkauan fikiran. SMS ini mengaitkan kedudukan Menteri Besar pada pertengahan Mac, kononnya Ahmad dinasihat supaya melepas jawatan Menteri Besar.

Pada 27 Febuari 2010 , Pihak istana telah dihubungi pemberita akhbar meminta pengesahan beliau yang Menteri Besar telah meletak jawatan, Dato' Seri Idris pula telah dititah mengadap dalam masa tiga hari dan Menteri Besar tidak dapat mengadap Seri Paduka Baginda Tuanku semasa di Munich, German. Pihak istana telah menafikan semua perkara ini.

Pada malam ini pengarang telah menerima panggilan telefon daripada rakan di Jertih, Besut yang memberitahu bahawa Ketua Kumpulan Penentang memaklumkan kepada pengikutnya bahawa beliau akan menggantikan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dalam masa terdekat.

Perkara ini merupakan provokasi dan serangan politik kepada Menteri Besar oleh kumpulan minoriti yang kecewa dengan perpecahan kumpulan sepuluh budak hitam yang sebahagian besar telah menyokong Menteri Besar secara terbuka. Isu ini terpaksa dicipta bagi mengelak daripada kumpulan mereka berkubur.

Sejak pulang dari luar negara Menteri Besar telah menjalankan tugas dengan program turun padang yang telah mendapat sambutan yang baik. Bermula dengan lebih 1,000 orang menyambut kepulangan beliau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Keesokan harinya beliau disambut meriah dalam program Juara Rakyat di Sekolah Menengah Kospint, Serada, Marang pada 24 Februari 2010 yang turut dihadiri oleh YB. Yahya Katib dan YB. Alias Abdullah. Pada tengaharinya Menteri Besar mendapat sambutan meriah semasa merasmikan balai raya kampung Beladau Selat dan sebelah petangnya pula beliau mendapat sambutan meriah semasa merasmikan Program Juara Rakyat di Setiu.

Laman sesawang Kemaman Hari Ini, kemamanhariini.blogspot.com melaporkan, semasa merasmikan perarakan Maulidul Rasul Peringkat Parlimen Kemaman di Chukai. Turut hadir YAB Dato’ Ahmad Said, MB Terengganu dan YB Dato’ Ahmad Shabery Chik, Ahli Parlimen Kemaman di Chukai, Kemaman pada 13 Mac - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta agar pihak media tidak diperalatkan untuk menimbulkan persengketaan kerana media sepatutnya lebih arif tentang kebenaran sesuatu berita apatah lagi media sering berdamping dan paling dekat dengan Menteri Besar.

Beliau mengulas mengenai pelbagai khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan Ahmad telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar yang tersebar di negeri Terengganu.

“Saya tidak akan melayan semua itu“, begitulah kata-kata Naib Presiden UMNO itu yang menegaskan bahawa di bawah kepimpinannya, beliau hanya menilai prestasi setiap pemimpin berdasarkan penerimaan rakyat.

Tambahnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan SMS itu disebarkan oleh individu tertentu yang berkepentingan namun tindakan itu tidak akan menentukan jatuh bangun UMNO di negeri ini.

Pada hari Rabu 18 March 2010 –Ahmad Said menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara di bilik Mesyuarat Perdana, Aras 3, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.yang telah dipengerusikan Perdana Menteri.

Selepas mesyuarat itu Ahmad Said menemui Perdana Menteri. Difahamkan, inilah kali kedua Ahmad Said menemui Perdana Menteri untuk membincangkan beberapa perkara di bilik Perdana Menteri. Kali pertama pada April tahun lalu pertemuan bersama TPM berkait isu sms ugutan bunuh yang dikatakan oleh kumpulan penentang dihantar oleh bekas SUSK beliau .

Sebenarnya temujanji pertemuan asal adalah pada Jumaat 20 March 2010 tetapi diatas keperihatinan Najib, beliau memanggil Ahmad Said bertemu. Lebih awal pada 18 March 2010.

Sikap Perdana Menteri ini menunjukkan beliau tidak ada masalah dan mesra dengan Ahmad Said serta mahu mengekalkan Terengganu sebagai kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional.

keikhlasan kedua-dua pihak untuk menjadikan negeri gergasi UMNO ini sebuah negeri maju dan rakyatnya mendapat manfaat sebanyak mungkin daripada perhubungan erat Najib dan Ahmad Said. Najib telah bersetuju menghulurkan dana RM 500 juta bagi pembangunan Terengganu melalui petemuan ini.

Perbincangan mereka tidak mengenai isu wang ehsan semata-mata tetapi khususnya untuk menstabilkan politik negeri.

Banyak pihak menunggu pengumuman Ahmad Said meletakkan jawatan Namun harapan itu meleset.

No comments:

Post a Comment