Sunday 28 March 2010

AHMAD SAID TELAH MELETAK JAWATAN ???

Kalau mengikut sms dan cakap kedai kopi, Datuk Ahmad Said sepatutnya ‘Melepaskan jawatan Menteri Besar Pada Bulan March ini ’

Namun pada  13 Mac - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta agar pihak media tidak diperalatkan untuk menimbulkan persengketaan kerana media sepatutnya lebih arif tentang kebenaran sesuatu berita apatah lagi media sering berdamping dan paling dekat dengan Menteri Besar.

Beliau mengulas mengenai pelbagai khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan Ahmad telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar yang tersebar di negeri terengganu.

“Saya tidak akan melayan semua itu“, begitulah kata-kata Naib Presiden UMNO itu yang menegaskan bahawa di bawah kepimpinannya, beliau hanya menilai prestasi setiap pemimpin berdasarkan penerimaan rakyat.

Tambahnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan SMS itu disebarkan oleh individu tertentu yang berkepentingan namun tindakan itu tidak akan menentukan jatuh bangun UMNO di negeri ini.

Kenyataan ini diulas semasa merasmikan perarakan Maulidul Rasul Peringkat Parlimen Kemaman di Chukai. Turut hadir YAB Dato’ Ahmad Said, MB Terengganu dan YB Dato’ Ahmad Shabery Chik, Ahli Parlimen Kemaman.

Selepas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein Sabtu lalu menepis kononnya Ahmad Said akan digantikan sebagai Menteri Besar dan tidak berlakunya pengunduran Ahmad Said pada 1 dan 8 Mac lalu, maka hari inilah sepatutnya Ahmad Said berhenti.

Pada 18 March 2010 – kebetulan Ahmad Said menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara di bilik Mesyuarat Perdana, Aras 3, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Selepas mesyuarat itu Ahmad Said memenuhi temujanji menemui Perdana Menteri. Difahamkan, inilah kali kedua  Ahmad Said menemui Perdana Menteri untuk membincangkan beberapa perkara. Kali pertama pada April tahun lalu bersama YAB TPM membincang isu sms ugutan bunuh ADUN yang dituduh dihantar oleh Dato'Dr. Ramzi Zubir, Pegawai Khas kepada Pengerusi MARA Haji Idris Jusoh.

Antaranya yang dibincangkan ialah ‘wang ehsan’ yang mana hasil perbincangan, PM telah bersetuju menyalurkan RM 500 juta kepada Terengganu. Jadi tepatlah dikatakan Najib mengambil berat terhadap pembangunan Terengganu.
Temujanji pertemuan asal adalah pada Jumaat tetapi diatas keperihatinan Najib, beliau memanggil Ahmad Said bertemu lebih awal.

Sikap Perdana Menteri ini menunjukkan beliau tidak ada masalah dan mesra dengan Ahmad Said.

Keikhlasan kedua-dua pihak untuk menjadikan Terengganu sebuah negeri maju dan rakyatnya mendapat manfaat sebanyak mungkin berdasarkan Terengganu memegang rekod BN paling cemerlang dalam PRU12.
Perbincangan mereka tidak terbatas isu Dana Petroleum semata-mata,  termasuk isu Pengerusi Penyelaras DUN yang telah diserahkan oleh semua Ketua Bahagian kepada semua ADUN, dengan ini semua ADUN tidak ada sebab untuk tidak bekerja kuat dibawah kepimpinan PM dan MB  khususnya dalam menstabilkan politik negeri.

No comments:

Post a Comment