Tuesday 29 December 2009

Sidang DUN Teganu - ADUN BN Terkejut Dari Tidur ?

Umpama ‘terkejut dari tidur’ mereka telah menamatkan kempen ‘protes senyap’ dan kembali bersuara dengan mengambil bahagian dalam sidang DUN kali ini. Begitulah indahnya nukilan Sdr. Hambali pemenang anugerah Kajai 1983 dan Anugerah Karya Bangsa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1984 mengambarkan suasana keriangan dalam Sidang DUN Terengganu yang baru berlalu.

Bagaikan begitu lama di lamun mimpi, tiba-tiba teringat akan janji kepada rakyat untuk atasi yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong yang padanya masih belum dilaksanakan.

Tapi waktunya telah terlewat, sepatutnya dibangkitkan dalam sidang DUN April lalu lagi untuk pastikan perkara ini diambil kira dalam bajet yang dibentangkan hari ini. Tapi ‘pagi’ itu dia tak datang kerana katanya takut nak datang, ada ugutan nyawa (kata bos mereka ado ore kato nyawo politik) (http://ia341338.us.archive.org/3/items/SuaraSiapa_223/SuaraSiapa.wav)

Umpama ‘terkejut dari tidur’ (ulangan nukilan indah), tak dapat kawal perasaan, bagai berlatih menjadi ketua Pembangkang cuba menyerang Menteri Besar dengan membangkitkan “Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun. Saya selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.

Adun Alor Limbat, Alias Abdullah membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan didakwanya lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.

Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut. “Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.”tegas Ahmad Said.

No comments:

Post a Comment