Monday 28 December 2009

“...saya yang mengatur semua yang terjadi sehingga calon yang diminatinya dalam pilihanraya yang lalu tidak tersenarai..”- Rosol

Pengakuan ini disiarkan dalam blognya…”... Mungkin beliau merasakan bahawa saya yang mengatur semua yang terjadi sehingga calon yang diminatinya dalam pilihanraya yang lalu tidak tersenarai. Kesannya saya mendapat kifarah dari Allah...Kalu benar begitu Alhamdululillah...dan saya berdoa agar kifarah ini tidak dibalas di akhirat kerana telah langsai di dunia..”

Mengimbau kembali krisis politi UMNO Terengganu….sebelum PRU 12, Siasah melaporkan Datuk Idris Jusoh berjaya membuang kesemua musuh politiknya di Terengganu kecuali Datuk Ahmad Said yang kekal sebagai calon BN di Kijal.

KL Online http://ww1.klpos.com/28 Feb 2008 pula melaporkan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar dan Setriausaha Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Rosli Mat Hassan digugurkan daripada senarai calon

Seramai 14 muka baru termasuk seorang calon wanita, Senator Nordiana Dato' Shafie yang juga Ketua Puteri Umno negeri dicalonkan untuk bertanding di negeri itu yang mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan lapan Parlimen.

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang diwar-warkan bertanding di Terengganu tidak disenaraikan beliau dispekulasi akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar.

Selain Nordiana, 12 lagi muka baru dinamakan untuk bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Lapan kerusi parlimen ditandingi lima muka baru.

TheStar melaporkan Barisan Nasional has replaced its candidate for Kemasik seat, citing technical hitches. Radilah Abd Wahab who was named to contest the seat on Wednesday by Mentri Besar Datuk Seri Idris Jusoh has now been replaced with another new face – Rosli Othman. "

Senasib dengan Wan Farid semua calon yang diwar-warkan calon Menteri Besar samaada tidak bertanding atau berpindah ke Parlimen seperti Dato’ Che Mat Jusoh, Dato’ Dr. Latif Awang, Dato’ Nasir Ibrahim Fikri dan Dato’ Mohd Jidin Shafie.

Ahmad said dengan lantang mempertikaikan keputusan UMNO negeri tidak mendapatkan cadangan senarai calon daripada Bahagian UMNO terlebih dahulu, dan katanya perbuatan ini bertentangan dengan perlembagaan parti

Ini lah tidak tolak pergolakan yang melanda UMNO Terengganu hingga kini, apabila Ketua Ketua Bahagian dan calon yang tidak terpilih bersatu tenaga menolak kepimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh yang akhirnya tidak mendapat perkenan bagi menyambung tugas Menteri Besar bagi penggal kedua.

No comments:

Post a Comment