Monday 28 December 2009

“…saya mendapat kifarah dari Allah…” Rosol Wahid (1)

Mujur dapat notis awal, ada masa untuk berubah. Kenyataan Rosol dalam blognya sebagaimana berikut;


‘…saya mendapat kifarah dari Allah...Kalu benar begitu Alhamdululillah...dan saya berdoa agar kifarah ini tidak dibalas di akhirat kerana telah langsai di dunia..’

Kisahnya dicatatkan dalam blog Mubin Ismail bahawa Alias Abdullah menyediakan satu laporan menyatakan pada 13hb April 2009 lebih kurang pukul 11.25 mlm YB Dato Rosol bin Wahid ADUN Ajil telah menerima sms ugutan bunuh dari telefon bernombor +31234567890 yang berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?” (Laporan Polis K. Berang 647/09).



Dalam blognya pula Rosol menyatakan “ saya berani menyatakan dengan tegas bahawa saya tidak tahu menahu...saya pada mulanya ingin 'ignore' sahaja sms tersebut tetapi difikirkan bahawa ia agak serius, maka saya mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Berang.



Menurut satu blog “Yang dituduh – orang kanan Menteri Besar – sukar untuk menghapuskan imej berkenaan dan kalaupun penghantar sebenar sms didakwa, damage has been done dan orang yang difitnah itu akan merasai kesannya pada tempoh yang lama.”


Laporan Berita Harian Online (15 April 2009): – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”


Nota: Hairan juga bila wakil rakyat biasa tak percaya dengan Perdana Menteri ? tidak benar lah bila dia berkata…'Once you are a teacher , always a teacher...' kalau dengar nasihat PM awal awal lagi tak panjang cerita, tak ada yang sampai lari dan sebagainya……..


No comments:

Post a Comment