Showing posts with label Debat. Show all posts
Showing posts with label Debat. Show all posts

Thursday, 12 July 2012

Debat Untuk Terjemah Kepentingan Pembangkang Semata-Mata - Ahmad Said

 “Saya tidak nampak debat membawa kebaikan, kita bukan budak sekolah yang berdebat untuk melihat siapa yang menang, malah jelas dalam beberapa debat yang dianjurkan sebelum ini tidak menemui sebarang keputusan dan kesudahan yang baik. Justeru, saya melihat cadangan dan kesediaan pihak tertentu untuk menjadi orang tengah bagi menganjurkan debat antara Kerajaan Negeri dan pembangkang hanyalah bertujuan menterjemahkan kebaikan mereka (pembangkang) semata-mata.”
 - DS Ahmad Said

Hambali Abdul Latiff mengemukakan pertanyaan dalam blognya, hambali1, apakah Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu'amanah' apabila mahu menganjurkan debat antara Menteri Besar Terengganu dan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Dalam tulisannya melalui teganuku sebelum itu Hambali berpendapat debat seperti itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

Malah, menjawab soalan wartawan kelmarin (Rabu), Datuk Seri Ahmad Said Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan cadangan untuk menganjurkan debat terbuka antara Kerajaan Negeri dengan pembangkang tidak membawa sebarang kebaikan.

Bagi beliau, debat itu tidak perlu, apatah lagi apabila usul berkenaan datangnya daripada pihak yang secara jelas menyebelahi parti pembangkang.

“Saya tidak nampak debat membawa kebaikan, kita bukan budak sekolah yang berdebat untuk melihat siapa yang menang, malah jelas dalam beberapa debat yang dianjurkan sebelum ini tidak menemui sebarang keputusan dan kesudahan yang baik. Justeru, saya melihat cadangan dan kesediaan pihak tertentu untuk menjadi orang tengah bagi menganjurkan debat antara Kerajaan Negeri dan pembangkang hanyalah bertujuan menterjemahkan kebaikan mereka (pembangkang) semata-mata,” katanya.

Menurut Ahmad Said , beliau tidak sesekali akan terperangkap dengan mainan politik pembangkang yang sememangnya diketahui umum sekadar untuk menjaja idea semata-mata dan menjadikan debat sebagai landasan.

“Mereka ini (pembangkang) kalau hendak timbul sentimen (melalui debat) bolehlah.. tetapi saya yakin dan percaya rakyat hari ini mampu menilai sendiri apabila berbahas dalam dewan isu yang dibawa mereka iaitu kemiskinan, sedangkan perkara itu telah berjaya diatasi di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Pada 9 Julai lalu Amanah mencadangkan agar satu debat terbuka diadakan antara Kerajaan Negeri dengan pembangkang bagi menjawab pelbagai isu.

Menawarkan Amanah sebagai orang tengah, Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, debat atau dialog tersebut wajar diadakan sebagai ruang kerajaan dan pihak pembangkang memberi penjelasan kepada rakyat.
Untuk lebih jelas mengenai isu debat yang disyorkan Amanah, baca posting berikut dalam hambali1:

'AMANAHKAH' AMANAH TERENGGANU SYOR DEBAT ANTARA AHMAD SAID, WAHID ENDUT?
Dalam tulisan saya di teganuku hari ini mengenai Debat Politik, saya menganggap debat seperti ini tidak akan mendatang kebaikan kepada UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan tetapi lebih banyak milage kepada pembangkang.

Malah dengan jelas saya menyebut bahawa adalah sesuatu yang pelik dan tidak terlintas di benak saya sama sekali apabila ada wartawan menelefon mengatakan ada NGO mendakwa Menteri Besar bersetuju untuk berdebat dengan wakil pembangkang di Terengganu.

Soalannya, siapa yang bersetuju dengan debat itu dan kenapa NGO berkenaan menggunakan nama Menteri Besar, kononnya bersetuju dengan cadangan mereka untuk menganjurkan debat.

Selain itu untuk kepentingan siapakah NGO itu bergerak dan untuk tujuan apa NGO berkenaan menggunakan nama Datuk Seri Ahmad Said atau Abdul Wahid Endut dalam konteks debat politik ini?


Dan secara kebetulan, hari ini di Kuala Terengganu, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu menyarankan satu sesi debat diadakan di antara kerajaan Terengganu dan pembangkang di negeri itu bagi merungkai isu tempatan.

Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata Amanah sedia menjadi penganjur bagi memberi ruang kedua-dua pihak menjawab pelbagai isu yang menjadi bualan penduduk Terengganu sekarang.

"Saya banyak menerima soalan daripada orang ramai tentang isu-isu yang perlu penjelasan dari pihak kerajaan dan pembangkang dan atas dasar inilah kami mahu mengadakan debat isu semasa untuk kali pertamanya di peringkat negeri sebagai perintis kepada usaha ini…Ini juga akan memberi peluang kedua-dua belah pihak menjelaskan hala tuju parti masing-masing dan juga membentang manifesto mereka sambil membahaskan isu-isu semasa lain," katanya.

Malah pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini, Amanah juga telah menghantar surat jemputan kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Barisan Nasional Negeri Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu.

Amanah merupakan badan bukan kerajaan yang ditubuh Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Julai tahun lepas, bertujuan menjadi platform pelbagai pihak menyuarakan pandangan terhadap isu yang dibangkit rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Saya tidak pernah mengulas mengenai Amanah tetapi beberapa persoalan untuk saya kemukakan di sini:

1. Siapakah yang memimpin Amanah Terengganu?

a. Jawapannya ialah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah. Dengan penuh 'rasa hormat kepada beliau', saya melihat Raja Bahrin tidak bebas dan semakin terikat, kerana beliau kini menyekutukan dirinya dengan PAS; 


b. Raja Bahrin sendiri terbabit dengan pelbagai kontoversi, termasuk peribadi dan perniagaannya khususnya sebagai artitek perunding dalam beberapa projek penting seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dipersoalkan serta beberapa projek lain.

c. Juga kenapakah ada beberapa projek 'seperti dalam genggamannya boleh terlepas'? Tidakkah ini menggambarkan Raja Bahrin sendiri dipersoalkan ‘amanah’ beliau dalam menggendali dan menguruskan projek yang diamanahkan kepada beliau?

Cara beliau mengkritik kerajaan negeri seolah-olah beliau lupa bahawa projek ‘bumbung stadium yang runtuh ini dikendali dan sudah diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Kerja Raya. Kenapa dalam ceramahya di pentas PAS beliau tetap menyalahkan Menteri Besar?

c. Raja Bahrin yang suatu ketika begitu ‘rapat’ dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said jelas kini ‘menjauhkan diri’ kerana beberapa perkara ( tidak perlu dinyatakan di sini) apakah ikhlas dan amanah dalam merenggangkan ikatan tersebut sedangkan arahan mengenai tender atau kontrak bukan 100 peratus dalam bidang kuasa Ahmad Said.

Bukan rahsia lagi bahawa ada tender besar untuk projek-projek tertentu di Terengganu ditentukan oleh ‘satu jawatankuasa’ yang mempunyai kuasa melebihi kuasa Menteri Besar. Jika gagal mendapatkan kerja atau tender berkenaan, Raja Bahrin tidak boleh sewenang-wenangnya memarahi atau berjauh hati dengan Ahmad Said!

2. Debat Politik Bukan Dianjurkan NGO Bebas Amanah Terengganu berpandangan debat satu kegiatan sihat kerana pelbagai isu dapat dirungkaikan dan ia peluang bagi parti-parti politik di negara ini menunjukkan kematangan masing-masing khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Apakah UMNO dan Barisan Nasional tidak matang? Apakah pemimpin Persekutuan dan negeri tidak matang dan hasil debat sahaja akan menjadikan politik Malaysia bertambah matang? Seperti disebutkan di atas, Raja Bahrin kini menyekutukan dirinya dengan PAS dan bersimpati dengan perjuangan PAS.

Dengan kata lain pemimpin Amanah Terengganu kini menjadi penyokong sebuah parti politik dan aktif ‘membantai kerajaan negeri dan Menteri Besar’. Apakah wajar untuknya menjadi penganjur?

Dengan mendesak Ahmad Said berdebat dengan Wahid Endut adalah tindakan publisiti murahan yang cuba memberikan ruang terbuka kepada Pesuruhjaya PAS Negeri.

Debat seperti ini tidak sewajarnya berlaku dan akan merugikan masa,

Ia tidak mendatangkan sebarang faedah untuk rakyat, apalagi gelanggang digunakan untuk menghentam UMNO, BN dan Menteri Besar.

Daripada rakyat ‘jadi pening’ hasil debat politik, lebih baik biarkan rakyat dengan tenang memilih siapa yang mereka suka dalam PRU Ke 13 ini kerana medium lain sudah banyak dilontarkan kepada masyarakat seperti ceramah, kempen, media sosial, media cyber, media cetak dan juga penerangan-penerangan melalui tv, radio dan juga CD.

Kerajaan Negeri, UMNO, BN dan Ahmad Said tidak perlu layan saranan Amanah ini lagipun pemimpin Amanah itu sendiri boleh dipersoalkan apakah mereka benar-benar amanah apabila mengutarakan pandangan mengadakan debat politik seperti ini?

Wednesday, 30 May 2012

Penyelesaian Isu - Pemimpin PAS Minat Cara Politik Berbanding Muzakarah


“Kita tidak akan layan cabaran tersebut kerana ia tiada faedah. Saya tidak takut untuk adakan debat dengan pemimpin PAS kerana dahulupun saya merupakan seorang pemidato. Sebaliknya, kita melihat tiada sebarang keperluan untuk berbuat begitu...Cukuplah sekadar debat sewaktu DUN bersidang kerana walaupun selama ini kita memberitahu perkara yang betulpun, mereka tetap akan kata kita menipu serta memutar belit cerita sebenar kepada rakyat,”
 - Ahmad Said

Sikap pemimpin PAS yang mementingkan politik semakin terserlah.

Bagi mereka debat atau cara politik lebih penting daripada muzakarah walaupun muzakarah itu dilihat lebih berfaedah dalam mencari persefahaman dan penyelesaikan mengikut Islam.

Namun bagi PAS yang mendakwa ia Parti Islam debat lebih diutamakan daripada bermuzakarah!

Bagi PAS tiada perkara lain daripada Debat dan Debat.

PKR sebut Debat, PAS pun sebut Debat. Kononnya melalui Debat rakyat akan tahu siapa ‘benar’.

Benar apa?

Yang benar ialah apa yang dikatakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bahawa cabaran debat tidak akan disahut oleh beliau bukan kerana takut sebaliknya beliau melihat tiada sebarang kepentingan atau faedah untuk berbuat demikian.


Walau berdebat siang dan malam pun, PAS akan tetap mengatakan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai penipu.

Kerana itu Ahmad Said tidak akan melayan hasrat Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut untuk berdebat dengannya bagi membincangkan isu setempat berkaitan negeri Terengganu.

“Kita tidak akan layan cabaran tersebut kerana ia tiada faedah. Saya tidak takut untuk adakan debat dengan pemimpin PAS kerana dahulupun saya merupakan seorang pemidato. Sebaliknya, kita melihat tiada sebarang keperluan untuk berbuat begitu.

“Cukuplah sekadar debat sewaktu Dun bersidang kerana walaupun selama ini kita memberitahu perkara yang betulpun, mereka tetap akan kata kita menipu serta memutar belit cerita sebenar kepada rakyat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menyempurnakan Majlis Perjumpaan Menteri Besar Terengganu dengan Warga Felda Bukit Bading, di Hulu Terengganu dan turut diadakan penyerahan cek wang durian runtuh berjumlah RM8,775,000 kepada peneroka yang diwakili Ketua Peneroka Felda Bukit Bading, Abdul Rahman Hassan.

Benar sekali kata-kata Ahmad Said bahawa PAS dan sekutunya bila mengajak pemimpin UMNO dan BN berdebat mereka bersungguh- sungguh tetapi bila diajak muzakarah, macam-macam alasan dan cerita yang timbul.

Daripada ajak debat, lebih baik muzakarah tetapi ternyata pemimpin PAS tidak minat untuk bermuzakarah.

Sinar Harian pada 27 Mei lalu melaporkan Wahid mencabar Ahmad agar berdebat mengenai isu setempat yang berlaku di negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, debat di peringkat negeri membabitkan beliau dan Ahmad perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah terutama membabitkan pembangunan dan sebagainya yang menjadi persoalan sehingga kini.

Wahid berkata, pihaknya bersedia untuk berdebat pada bila-bila masa sahaja sama ada sebelum atau selepas pilihan raya umum akan datang.

“Kalau di Terengganu debat boleh dilakukan antara saya dan Ahmad Said. Bila-bila masa sahaja. Kalau berbahas dalam Sidang Dun tidak sempat cakap sudah dipotong,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah politik di pekarangan Pejabat Perhubungan Pas Terengganu.

Wahid turut mencadangkan bahawa debat perlu berkisar pada isu yang membabitkan hak rakyat.

Beliau turut mencadangkan isu runtuhan bumbung bangunan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang tidak diketahui status sebenar sehingga kini dan juga penarikan balik saman royalti minyak terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat.

Katanya, debat akan membantu kedua-dua pihak mengupas persoalan yang berlaku secara lebih menyeluruh.

 Bagi Ahmad Said, kalau benar PAS ikhlas, mereka hendaklah utamakan muzakarah tetapi ternyata PAS menolak cara Islam mencari penyelesaian sebaliknya memilih cara politik iaitu debat.

Sebenarnya PAS bukan mencari penyelesaian cara Islam tetapi sokongan untuknya bersama-sama dengan parti DAP dan PKR yang jauh menyimpang memperjuangkan Islam di negeri dan negara ini.