Wednesday 30 May 2012

Penyelesaian Isu - Pemimpin PAS Minat Cara Politik Berbanding Muzakarah


“Kita tidak akan layan cabaran tersebut kerana ia tiada faedah. Saya tidak takut untuk adakan debat dengan pemimpin PAS kerana dahulupun saya merupakan seorang pemidato. Sebaliknya, kita melihat tiada sebarang keperluan untuk berbuat begitu...Cukuplah sekadar debat sewaktu DUN bersidang kerana walaupun selama ini kita memberitahu perkara yang betulpun, mereka tetap akan kata kita menipu serta memutar belit cerita sebenar kepada rakyat,”
 - Ahmad Said

Sikap pemimpin PAS yang mementingkan politik semakin terserlah.

Bagi mereka debat atau cara politik lebih penting daripada muzakarah walaupun muzakarah itu dilihat lebih berfaedah dalam mencari persefahaman dan penyelesaikan mengikut Islam.

Namun bagi PAS yang mendakwa ia Parti Islam debat lebih diutamakan daripada bermuzakarah!

Bagi PAS tiada perkara lain daripada Debat dan Debat.

PKR sebut Debat, PAS pun sebut Debat. Kononnya melalui Debat rakyat akan tahu siapa ‘benar’.

Benar apa?

Yang benar ialah apa yang dikatakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bahawa cabaran debat tidak akan disahut oleh beliau bukan kerana takut sebaliknya beliau melihat tiada sebarang kepentingan atau faedah untuk berbuat demikian.


Walau berdebat siang dan malam pun, PAS akan tetap mengatakan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai penipu.

Kerana itu Ahmad Said tidak akan melayan hasrat Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut untuk berdebat dengannya bagi membincangkan isu setempat berkaitan negeri Terengganu.

“Kita tidak akan layan cabaran tersebut kerana ia tiada faedah. Saya tidak takut untuk adakan debat dengan pemimpin PAS kerana dahulupun saya merupakan seorang pemidato. Sebaliknya, kita melihat tiada sebarang keperluan untuk berbuat begitu.

“Cukuplah sekadar debat sewaktu Dun bersidang kerana walaupun selama ini kita memberitahu perkara yang betulpun, mereka tetap akan kata kita menipu serta memutar belit cerita sebenar kepada rakyat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas menyempurnakan Majlis Perjumpaan Menteri Besar Terengganu dengan Warga Felda Bukit Bading, di Hulu Terengganu dan turut diadakan penyerahan cek wang durian runtuh berjumlah RM8,775,000 kepada peneroka yang diwakili Ketua Peneroka Felda Bukit Bading, Abdul Rahman Hassan.

Benar sekali kata-kata Ahmad Said bahawa PAS dan sekutunya bila mengajak pemimpin UMNO dan BN berdebat mereka bersungguh- sungguh tetapi bila diajak muzakarah, macam-macam alasan dan cerita yang timbul.

Daripada ajak debat, lebih baik muzakarah tetapi ternyata pemimpin PAS tidak minat untuk bermuzakarah.

Sinar Harian pada 27 Mei lalu melaporkan Wahid mencabar Ahmad agar berdebat mengenai isu setempat yang berlaku di negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, debat di peringkat negeri membabitkan beliau dan Ahmad perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah terutama membabitkan pembangunan dan sebagainya yang menjadi persoalan sehingga kini.

Wahid berkata, pihaknya bersedia untuk berdebat pada bila-bila masa sahaja sama ada sebelum atau selepas pilihan raya umum akan datang.

“Kalau di Terengganu debat boleh dilakukan antara saya dan Ahmad Said. Bila-bila masa sahaja. Kalau berbahas dalam Sidang Dun tidak sempat cakap sudah dipotong,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah politik di pekarangan Pejabat Perhubungan Pas Terengganu.

Wahid turut mencadangkan bahawa debat perlu berkisar pada isu yang membabitkan hak rakyat.

Beliau turut mencadangkan isu runtuhan bumbung bangunan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang tidak diketahui status sebenar sehingga kini dan juga penarikan balik saman royalti minyak terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat.

Katanya, debat akan membantu kedua-dua pihak mengupas persoalan yang berlaku secara lebih menyeluruh.

 Bagi Ahmad Said, kalau benar PAS ikhlas, mereka hendaklah utamakan muzakarah tetapi ternyata PAS menolak cara Islam mencari penyelesaian sebaliknya memilih cara politik iaitu debat.

Sebenarnya PAS bukan mencari penyelesaian cara Islam tetapi sokongan untuknya bersama-sama dengan parti DAP dan PKR yang jauh menyimpang memperjuangkan Islam di negeri dan negara ini.

No comments:

Post a Comment