Thursday 3 May 2012

"Meroyan Apa Hadi TIba2 Terfikir Pinda Perlembagaan Untuk Islam "Addin'?


"Yang kita tidak faham kenapa tiba-tiba Hadi meroyan membangkitkan isu negara Islam kerana sebelum ini PAS melaung-laungkan mengenai negara kebajikan...Cakap mudah, laksana susah, apalagi dengan kedudukan sekutu PAS, iaitu DAP tidak akan pernah memberikan ‘lampu hijau’ kepada perkara sebegini...PAS itu minoriti dan majoritinya PKR + DAP…perlembagaan 'Addin' apa yang boleh PAS perkenalkan?"

Meroyan apa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang semakin hilang pengaruh di Terengganu dan dalam PAS ini?

Hadi semena-mena mengatakan pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia.

Yang kita tidak faham kenapa tiba-tiba Hadi meroyan membangkitkan isu negara Islam kerana sebelum ini PAS melaung-laungkan mengenai negara kebajikan.

Ahli Parlimen Marang yang juga ADUN Rhu Rendang yang ‘tidak buat apa-apa’ di kawasan Parlimen dan DUNya itu mengatakan Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai di negara ini tidak menggunakan Islam sebagai Addin.

Beliau menyatakannya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Terengganu Kali Ke-43, di Kubang Lembik di Kuala Terengganu, semalam.

Malah, katanya, ia dirangka oleh orang bukan Islam yang mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam.

Cakap mudah, laksana susah, apalagi dengan kedudukan sekutu PAS, iaitu DAP tidak akan pernah memberikan ‘lampu hijau’ kepada perkara sebegini.

Hadi…Hadi…dia lupa ke…kalau pakatan pembangkang perintah lagi teruk…PAS itu minoriti dan majoritinya PKR + DAP…perlembagaan Addin apa yang boleh PAS perkenalkan?

Sanggup langkah mayat Penasihat DAP, Karpal Singh? 

Hadi memang pemimpin mudah lupa dan semakin pelupa… Sepatutnya mengenai Islam dalam perlembagaan ini, PAS jelaskan tujuan dan matlamat sebenar bukan mengatakan perlembagaan yang ada perlu dipinda.

PAS sepatutnya mengajak seluruh ahlinya supaya mengalamkan cara dan amalan hidup sebagai orang Islam dan ‘tidak ikut bontot Ambiga’ dan kalau dilihat ketika perhimpunan Sabtu lepas, unit amal PAS sendiri yang rempuh sekatan polis dan timbulkan kekacauan.

Apakah ini cirri-ciri anggota parti Islam dan sejauh manakah mereka membudayakan dan jadikan Islam sebagai cara hidup?

PAS tidak seharusnya menimbulkan isu-isu provokasi seperti itu yang sering kali dibangkitkan menjelang pilihan raya dalam usaha untuk meraih sokongan politik semata-mata.

PAS sewajarnya bersyukur kerana dengan UMNO menjadi majoriti ketika perjuangan merdeka, Islam dijadikan agama Persekutuan malah yang perlu dilakukan berusaha dan bersyukur untuk merealisasikannya.

Betul sangat kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bahawa cadangan Hadi itu mengarut serta hipokrit, selain keinginan pembangkang untuk meminda Perlembagaan Negara berhubung kedudukan agama Islam hanya janji pilihan raya.

Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu mengulas perkara itu hari ini berkatapembangkang khususnya PAS akan berjanji apa saja termasuk untuk meminda perlembagaan jika ia menang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Cakap saja boleh buat (pinda perlembagaan). Mereka ini depan orang Melayu cakap lain, depan orang Cina nada suaranya lain pula. Semuanya hipokrit," katanya mengulas cadangan Presiden PAS itu.

Malah, sebarang usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan akan memberi kesan negatif kepada negara.

Seperti kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya, Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya dipertahankan perlu dijadikan sebagai satu dasar, tujuan dan cabaran oleh masyarakat untuk lebih maju ke hadapan.

"Saya melihat menjadikan Islam sebagai cara hidup itu satu pendapat yang sangat baik tetapi masalah akan timbul apabila ada usaha untuk meminda Perlembagaan.

Walaupun ketika ini disebut Islam sebagai agama Persekutuan, masih ramai orang tidak beramal atau kurang mempraktikkan dan memahami Islam apatah lagi kalau perkataan itu ditanggalkan daripada Perlembagaan kelak," katanya.

Pengerusi Ilmuan Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fadlan Mohd Othman menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu dibuat berikutan mendapat tekanan daripada pakatan pembangkang khususnya DAP sedangkan apa yang diamalkan di Malaysia kini ialah Islam ialah agama dan cara hidup.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata peruntukan mengenai Islam sebagai agama bagi Persekutuan tidak boleh dipinda dan disentuh kerana ia adalah perjanjian kontrak sosial melalui prinsip 'jus soli' yang merupakan teras dan asas Perlembagaan negara.

Ibrahim berkata cara hidup mengikut Islam itu boleh dilaksanakan melalui dasar-dasar nasional serta program yang menjurus kepada Islam dan bukannya dengan meminda Perlembagaan Persekutuan.

"Haji Hadi buat kenyataan bodoh ikut suka nak cakap. Inilah berpolitik tanpa sedar diri, bercakap ikut sedap mulut dan akhirnya memberi pelbagai kesan tak baik.

Apakah dengan hilangnya Islam sebagai agama rasmi, maka semua agama di iktiraf sebagai sama?

DAP setuju ke? Kenapa ia tidak dilaksanakan di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang sekarang?," tanya Ibrahim.

(teganuku)

1 comment:

  1. Rujuk Buku jingga, mana ada ADDIN? yang ada hanya negara berkebajikan macam UK, US dll. Tak kan lah DAP setuju nak masuk ADDIN dalam perlembagaan Pulau Pinang!!!! Kan Lim Guan Eng tu sama dengan Umar Ibn Aziz???? Macamana nak masuk ADDIN dalam negeri Selangor??? Dineri bawah pakatan, nak baca quran waktu subuh pun haram???

    ReplyDelete