Tajuk asal - PAS Mahu Memalukan Ahmad Said...
Rakan blogger rbf, semalam memuji Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan mengatakan, dalam Umno kalau nak berlawan dengan PAS Ahmad Said antara yang perlu diletak dibarisan depan.
"Beliau tahu dimana tempat untuk dipukul bagi melemah dan merebahkan PAS. Dari sejarah penubuhan PAS sehingga kepada PAS yang ada hari ini beliau boleh lawan satu persatu." demikian kata rbf.
Kerana itu, PAS bagaikan sengaja mahu melemahkan Ahmad Said dengan mengatakan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan menggantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Kononnya spin gila yang boleh menyebabkan Ahmad Said gelabah.
Gelabah? Nak malukan Ahmad Said? Tak menjadi....
Ahmad Said bukan pemimpin berhingus yang boleh diadudomba. Ahmad Said punyai ketahanan mental dan perjuangan politiknya sering diuji, termasuk namanya pernah digugurkan pada peringkat awal PRU 2008 lalu.
Ahmad Said juga pernah diugut mahu dipecat daripada UMNO pada ketika krisis perlantikan sebagai Menteri Besar dan Ahmad Said pernah dituduh rasuah dengan berita melalui TV3, stesen yang dimiliki penyokong UMNO!
Jadi nak heran apa dengan spin PAS seperti ini. Lagipun kalau benar akan bertukar, Ahmad Said tidak rasa apa pun. Dia bukan minta atau mengaih jawatan MB itu. Kententuan Allah sebegitu.
Jadi, betul juga pertanyaan rbf, kenapa pula PAS tidak menamakan Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu sebagai Menteri Besar yang akan menggantikan Ahmad Said dan sengaja meletakkan nama Shabery?
Ikuti apa yang ditulis oleh rbf melalui blognya:
Sebelum ini PAS bersungguh-sungguh untuk menawan kembali Terengganu dalam PRU 13 selepas kecundang dalam PRU 2004 dan 2008.
Kita ikuti apa yang diungkapkan oleh Haji Hadi sebelum ini....
Orang-orang PAS juga mencanangkan cerita yang Pesuruhjaya PAS Terengganu, Wahid Endut bakal dilantik sebagai MB selepas PAS berjaya menawan semula Terengganu.
Bakal MB dari parti PAS itu juga sedang sibuk keliling Terengganu sekarang untuk menabur pelbagai janji manis.
Namun sungguh mengejutkan dan menghairankan apabila tiba-tiba hari ini PAS melalui laporan di harakahdaily menobatkan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum nanti.
Lihat di sini.... Shabery Cheek orang Umno.... Maknanya apa ?
Maknanya PAS sudah menyerah kalah dan tidak yakin mereka akan menang dalam PRU akan datang dan BN akan kekal memerintah Terengganu. Kalau mereka yakin menang mereka tidak akan lapor berita berkenaan. Sudah tentu mereka akan melaporkan berita yang Wahid Endut akan ganti Ahmad Said sebagai MB.
Kasihan penyokong-penyokong PAS yang diperbodohkan PAS bekerja bertungkus lumus siang dan malam serta korbankan wang ringgit ke dalam tabung PAS kononnya untuk menawan Terengganu.
Sedangkan pucuk pimpinan PAS Terengganu pun tak yakin yang mereka akan menang dan awal-awal lagi sudah menyerah kalah. MB Terengganu sekarang , Datuk Seri Ahmad Said memang bijak politiknya.
Taichi dia memang kelas satu beb. PAS sering menjadi sasau dengan beliau. Tempohari PAS melompat-lompat apabila MB kata PAS parti ajaran sesat. Itu belum dikira lagi gerak kerja beliau di peringkat bawah untuk melemahkan PAS yang sering membuatkan PAS berang terhadapnya.
Tiba-tiba sekarang sebelum perang bermula PAS sudah angkat bendera putih dan mengistiharkan MB baru Terengganu dari parti Umno.
Dalam Umno kalau nak berlawan dengan PAS Ahmad Said antara yang perlu diletak dibarisan depan.
Beliau tahu dimana tempat untuk dipukul bagi melemah dan merebahkan PAS.
Dari sejarah penubuhan PAS sehingga kepada PAS yang ada hari ini beliau boleh lawan satu persatu.
Sebab itu sampai hari ini PAS tak berani nak saman beliau berhubung isu PAS parti ajaran sesat.
Tempohari gegak gempita bukan main lagi nak saman. PAS tahu mereka akan rebah dikaki Mat Said sebab itu mereka tak berani.
Ada satu perkara lagi yang ramai orang tak tahu pasal PAS. Saya tahu melalui Datuk Ahmad Said.
Kalau anda dengar perkara ini pasti anda akan ketawa berdekah-dekah. Insyallah saya akan cerita dalam masa terdekat....
Kesian kat Wahid Endut, harakahdaily tidak tonjol pun nama Wahid Endut, sebaliknya pilih Shabery Cheek , orang UMNO sebagai calon Menteri Besar Terengganu.
No comments:
Post a Comment