Penulisnya, Ujang Saiful Bahari berkata rasanya, jika ada yang tidak dapat menerima hakikat mengenai perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, hanyalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Din seorang je.
Dia bukan sekadar tidak terima tapi tenguk muka Ahmad Said pun dia tak mahu.
Rasanya mustahil jika Din sudah bersedia menerima dan reda dengan kehendak Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, melantik semula Menteri Besar Terengganu itu sebagai penerajui Badan Perhubungan Umno Terengganu.
Maklumlah, manusia bernama Din Adam ini serba mungkin. Dia boleh bersetuju dan dia boleh tidak bersetuju. Mengenali dia secara dekat, memang tahu sikapnya, agak keterlaluan terhadap Ahmad Said sejak awal-awal perlantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu dulu.
Din pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Dungun. Beberapa tahun yang lalu, dia bertindak bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Dungun menentang Datuk Dr Rosli Mat Hassan.
Din kecundang. Ketika timbul cerita ada 10 ADUN di Terengganu bertindak memboikot Persidangan DUN, salah seorang darinya ialah Din. Mengapa ya, Din memilih untuk terlibat memboikot Persidangan DUN Terengganu? Adakah dia kurang cerdik?
Din antara manusia yang menolak tuah. Bila Ahmad Said selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu, Din adalah antara ADUN yang dihubungi untuk dilantik menganggotai kerusi Exco Kerajaan Negeri Terengganu.
Menurut cerita yang boleh dipercayai, Din menolaknya. Ada dakwaan mengatakan penasihat Din yang bernama Abdul Mubin Ismail menasihatkan Din usah menerima perlantikan itu. Ada juga yang membawa cerita kononnya Abdul Mubin yang menasihatkan Din supaya menolak perlawaan tersebut mempunyai kenyakinan bahawa Din lebih layak menjadi MB Terengganu dari Ahmad Said.
Entah betul entah tidak cerita ini, tiada siapa yang dapat mengesahkannya kerana beberapa pihak yang mengenali Abdul Mubin mendakwa, budak ini pun dua kali lima dengan Din, sebagai antara yang kurang cerdik.
Ini cerita yang dibawa oleh mereka yang mengaku kenal dengan Din dan kenal dengan Abdul Mubin. Itulah sebabnya, dalam blognya, Abdul Mubin yang dikatakan kurang cerdik ini menjadikan Dr. Rosli Mat Hassan sebagai musuhnya untuk dicincang lumat dan dihancurkan personalitinya.
Teganukini bukan tidak berminat pergi jauh tetapi apa yang mahu diperkatakan mengenai Din ini ialah dia kini bagaikan ‘anjing buruk kepala’ – bersaorangan dan cuba memencilkan diri.
Bukan Teganukini tidak seronok baca tulisan Ujang Saiful Bahri itu tetapi bacalah di sini, kerana cerita Din ini tak akan habis. Apa tidaknya Din tentunya sedar, sebagai seorang yang kalah di peringkat bahagian, dia usahlah bercita-cita atau memasang angan-angan mahu bertanding lagi dalam PRU 13 akan datang.
Jadi berilah peluang kepada orang lain yang masih diterima di bahagian Dungun dan Din bolehlah menjadi tukang tampal poster sebagai langkah membalas budi parti yang pernah meletakkannya sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu, beberapa tahun yang lalu.
Kerana malu atau tahu tidak layak dan memang patut digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang, Din terus memboikot Ahmad Said. Pada ketika regu 10 Budak Hitam semuanya sudah ‘kembali’ duduk semeja dan sama-sama menyampaikan e-Book, Din melarikan diri. Kegemarannya bermain golf. Din ‘bisa’. Anak Bukit Besi yang pandai main golf. Sampai ke Indonesia katanya!
Apa yang berlaku akhir-akhir ini lebih menonjolkan kebencian Din kepada Ahmad Said. Isnin lalu, Ahmad Said melawat lombong bijih di Bukit Besi dan dan penyampaian e-Book, Din memang tidak ada. Pada majlis yang sama tahun lalu, Din juga tidak ada.
Malah ketika Ahmad Said melawat lombong pada Januari dan Ogos 2010, Din Adam selaku wakil rakyat Bukit Besi juga tidak ada.
Kini, Din yang selama ini bergantung kepada Datuk Seri idris Jusoh dan kemudian Datuk Seri Hishamuddin Hussein sudah hilang tempat bergantung.
Nak minta nyawa politik dengan Ahmad Said dah tak boleh. Ke mana Din?
Din tidak sekolah tinggi, nanyalah bekas juruteknik rendah ketengah. Dikatakan pernah berjaya memeteh Dato' Awang Jabar tersungkur semasa kali terakhir bertanding dalam pilihanraya umum, dipercayai berjaya mempengaruhi Idris AlMarari tidak mencalon Dato' Pok Li dalam pilihanraya umum yang lalu.Segala tindaktanduknya tidak boleh dijadikan apa-apa asas dan perkiraan. Pencapaian sekaran sebagai pesara exco adalah terlalu tinggi berbanding kelulusan dan pengalaman beliau.
ReplyDelete