Tuesday, 21 August 2012

Hadi Pentingkan Penyokong Jemaah PAS, Tidak Umat Islam Di Terengganu!!!


Analisis Hambali Abdul Latiff

Siapakah pemimpin Islam yang mengamalkan ajaran Islam yang mementingkan jemaah, kumpulan dan penyokongnya sahaja?

Jawapannya ialah Presiden PAS, Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhud Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Membandingkannya dengan perutusan Aidilfitri Pesuruhjaya PAS Terengganu, yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut, perutusan Hadi menggambarkan beliau seorang yang hanya mementingkan jemaah, penyokong dan mereka yang bersimpati dengan PAS semata-mata.

Sedangkan Wahid yang mewakili seluruh saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu DarulIman.

Kenapa saya katakan Hadi mementingkan penyokong PAS berbanding umat Islam yang lain?

1. Hadi lebih jelas mementingkan jemaah dan penyokong PAS sahaja apabila menyebut: ‘Firman Allah Yang bermaksud Dan hendaklah kamu menyempurnakan masa dan hari-hari puasa itu dan kamu juga hendaklah bertakbir membesarkan Allah supaya kamu termasuk kalangan orrg yg menyatakan kesyukuran keatas nikmatnya kepada seluruh kaum muslim dan muslimat bagi pihak Parti Islam Semalaysia PAS, saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah S.W.T pada hari mulia ini dengan penuh gembira kerana diberi kesempatan mendapat fadilat Ramadan, sama ada mengerjakan ibadat puasa dan pengisian –pengisian yang lain.”

2. Hadi menjuruskan perutusannya kepada penyokong PAS semata-mata apabila menyebut: “Adalah menjadi satu hikmat yg besar Allah taatlah memilih bulan Ramadan bulan ibadat, bulan Ramadan diturunkan al-Quran ,bulan Ramadan bulan perjuangan, kemenangan di badar dan pembukaan Mekah .Mekah...Mekah di merdekakan daripada jahiliah tanggungjwb kita selepas ini ialah menghayati tarbiyah yg dihasilkan dibulan Ramadan itu dgn kita meneruskan pembinaan peribadi didalam Parti Islam Semalaysia (PAS) ..”

3. Presiden PAS secara khususnya dalam perutusannya mengatakan: “Sehingga kita menjadi satu parti yg kuat model kepada parti-parti yang lain, contoh teladan yang menarik bukan sahaja untuk mendapat penerimaan daripada Allah S.W.T serta pertolongNya dalam masa yang sama mendapat sokongan daripada rakyat sehingga membolehkan kita menegakkan Quran yang menjadi pertunjuk itu ke para adil seluruh manusia adil menjadi sifat wajib bagi Allah S.W.T yg diserlahkan melalui pertunjuk al-Quran karim tanggungjawab.”

Saya ingin bertanya kepada umat Islam di Terengganu, belum lagi di Malaysia seluruhnya tidakkah kenyataan Presiden PAS itu berjuang untuk penyokong dan jemaah PAS sahaja?

Jika demikian, pemikiran dan visi Hadi untuk umat Islam di negara ini amat terbatas, malah pemikiran Hadi yang sempit ini perlu ditolak kerana ia tidak menyumbang kepada perpaduan umat Islam di Terengganu dan ummah seluruhnya!

Selain itu Hadi melalui perutusan Aidilfitrinya, hanya mengajak orang PAS supaya "...meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T mengikut segala perintah dan meninggakan segala larangnNya mejadi orang Islam yang patuh dan taat kepada Allah dengan ikhlas, secara memperhambakan diri dengan sesungguhnya. Hendaklah juga dilahirkan melalui kepercaya kita, yang disertakan dgn amalan daripada petunjuk Al-Quran yg diturunkan di bulan Ramadan dgn kita menhayati dan beramal bagi diri kita sendiri, keluarga dan jemaah kita parti islam semalaysia (PAS) dan seterusnya kita dpt menunaikan kewajipan berjuang dgn lebih ikhlas dan lebih bersungguh.”
 
Amatlah jelas kini dalam kepimpinan PAS yang bercelaru itu, Hadi hanya melihat kepada kepentingan PAS walaupun hakikatnya ramai juga pemimpin PAS yang melihat kepentingan umat Islam di negeri dan negara ini wajar diberikan perhatian utama.

Perbezaan pemikiran dan hala tuju perjuangan Hadi dan Wahid dalam mendoakan keberkatan umat Islam begitu terserlah.

Pandangan Hadi ini jauh tersasar jika kita bandingkan dengan perutusan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mendoakan kesejahteraan seluruh umat Islam di Malaysia dan Terengganu amnya.

Sultan Mizan dalam perutusannya mahu umat Islam menjauhkan diri daripada persengketaan, perselisihan pendapat dan pandangan sesama sendiri. Ini kerana ia boleh menyebabkan terbuka ruang dan peluang bagi musuh-musuh Islam mencampuri urusan pentadbiran negara dan memecahbelahkan umat Islam.

Setiap perpecahan yang berlaku walaupun atas alasan perjuangan, tidak akan menguntungkan sesiapa, titah baginda dalam perutusan sempena Aidilfitri yang dikeluarkan di Kuala Terengganu, kelmarin.

Malah, titah baginda sejarah Islam telah menunjukkan perpecahan menjadi sebab kepada runtuhnya kekuatan umat Islam sebagaimana yang berlaku terhadap beberapa kerajaan Islam sebelum ini.

Baginda bertitah sejarah ini seolah-olah berulang kembali dan dapat disaksikan di beberapa negara Islam seperti Syria dan Mesir.

Berikutan itu, Sultan Mizan bertitah Islam telah meletakkan perpaduan umat sebagai asas terpenting yang perlu dipelihara dan diberi perhatian dalam menjaga dan mempertahankan keselamatan serta kemakmurah negeri dan negara.

Tuesday, 24 July 2012

Barisan Nasional Kotakan Janji, Pembangkang Menabur Janji...

Daripada teganuku


Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengingatkan umat Islam di negara ini supaya bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah puasa dalam keadaan yang aman, selamat dan tanpa rasa takut. Perdana Menteri berkata, mereka tidak boleh mengambil mudah keamanan yang dikecapi hari ini, dan perlu mengambil iktibar dari negara Islam lain yang tidak mendapat nikmat yang sama.

"Bagi umat Islam, kita berasa bersyukur bahawa dalam bulan yang penuh kemuliaan dan kerahmatan ALLAH SWT, kita dapat lakukan ibadah dalam keadaan yang begitu selamat dan tenang tanpa rasa gentar dan takut. Inilah satu rahmat yang Allah telah beri kepada kita.

"Seperti mana yang kita tahu, satu demi satu negara Islam tidak melalui kenikmatan yang sama yang kita (rakyat Malaysia) anggap biasa... hingga kita tidak anggap ini (keamanan) sebagai satu rahmat yang harus disyukuri," katanya.

Perdana Menteri berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri serta pelajar cemerlang daripada Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Perkayatim) di Dewan Besar Tabung Haji di Kuala Lumpur semalam.

Natijah daripada apa yang diperkatakan oleh Najib itu membawa kita kepada suatu pertanyaan. Kerajaan manakah yang berjaya mengekalkan keamanan dan nikmat sebuah negara yang selamat Malaysia?


Jawapan pasti ialah kerajaan yang ada sekarang yang melakukan yang terbaik selain menunaikan janjinya melalui dasar-dasar pertahanan, dasar luar, pembangunan Kerana itu kita hairan dengan sikap pihak-pihak tertentu khususnya pembangkang yang mempertikaikan tema menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 tahun ini iaitu ‘"55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" .

Kenapakah mereka begitu takut dan bimbang dengan slogan berkenaan sedangkan kerajaan berjaya menunaikan hampir keseluruhan janji politiknya, selain kerajaan membuktikan sejak merdeka, janji-janji untuk mewujudkan negara yang harmoni dan membangun dengan kadar yang rancak sudah dikotakan.

Hakikatnya, kerajaan tidak berbohong dan keadaan negara yang aman, harmoni dan mengalami pembangunan yang rancak untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020 sedang dalam proses pembentukannya pada tahap yang memuaskan.

Dalam suasana hari ini, slogan 'Janji Ditepati' amat bertepatan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan menunaikan janji-janjinya.

Malah dengan gagasan 1Malaysia, kerajaan telah menunaikan janji-janjinya melalui proses transformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA dan Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA. Perdana Menteri membuktikan kerajaan Barisan Nasional mampu melunaskan konsep 1Malaysia itu dengan menterjemahkannya antaranya dalam bentuk pengagihan buku, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Susu 1Malaysia, pembukaan Kedai Kain 1Malaysia yang dinikmati lapisan masyarakat termasuk penyokong parti pembangkang.

Jadi kenapa takut dengan slogan itu memandangkan ia menuntungkan semua rakyat termasuk penyokong pembangkang dan mereka yang berada ‘ di atas pagar’ dan berkira-kira untuk menyokong kerajaan kerana kejayaan ini. Kita merasa sedih dan tertanya-tanya kenapa pemimpin pembangkang, khususnya pemimpin PAS, termasuk dari Terengganu mempersoal dan tidak dapat menerima slogan ini.

Malah, lebih memburukkan keadaan ialah kenyataan bahawa Pas Terengganu berkemungkinan tidak akan mengikut tema yang ditetapkan Kerajaan Pusat dalam program khusus Pas negeri jika pihak tersebut terus menggunakan tema 'Janji Ditepati' pada sambutan Hari Kebangsaan nanti.

Tindakan PAS Terengganu mahu menyokong kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyeru negeri ditadbir pakatan rakyat supaya tidak menggunakan tema Hari Kemerdekaan terbabit adalah perbuatan memboikot dan perbuatan yang tidak mahu mengakui keadaan dan hakikat sebenar.

‘Janji Dikota’ bukanlah berunsur politik jika dihayati dengan sebaik-baik dan ia bersifat patriotik. Ini kerana kejayaan kerajaan membawa negara ini dalam keadaan stabil dengan rakyatnya yang berbagai kaum dan agama hidup saling hormat menghormati, turut memberikan kebaikan kepada pembangkang. Kerana suasana aman dan sejahtera, rakyat diberikan peluang untuk memilih kerajaan melalui proses pengundian yang menjadikan demokrasi begitu subur hasil pentadbiran yang cekap dan berhemah.

Amatlah malang jika PAS Terengganu menganggap slogan itu sebagai kempen pilihan raya UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta tidak sesuai digunakan pihak lain, khususnya di negeri yang diperintah pakatan pembangkang.

Dengan meminta agar kerajaan menukar tema tersebut kepada yang lain kerana terlalu jelas memperlihatkan unsur politik yang tidak patut dicampuradukkan dengan sambutan hari bersejarah itu ada suatu perbuatan melampau kerana slogan ‘Janji Ditepati’ menggambarkan kejayaan kerajaan pimpinan Barisan Nasional membangunkan negara ini sejak 55 tahun yang lalu.

Salahkah kerajaan apabila sudah melakukan atau berbuat sesuatu yang baik untuk menegaskan kepada rakyat dan negara ini bahawa komitmennya sudah selesai dengan janji sudah dikotakan dan kerajaan memang menunaikan janji-janjinya.

Cuma pertanyaan kepada pembangkang ialah, apakah mereka sudah melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat, khususnya di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka?

Jika kerajaan BN tidak bohongi rakyat dengan ‘Janji Ditepati’, apakah pembangkang boleh menafikannya? Selain itu, jika pembangkang merasakan ada yang tidak betul dan tidak tepat, mereka boleh menyebutnya dan sudah pasti kerajaan sedia memperbaikinya menerusi sistem kerajaan yang ada.

Di pihak pembangkang pula juga perlu bersedia dan menerima satu hakikat penting bahawa mereka tidak boleh bohongi rakyat dengan perkara-perkara yang tidak benar. Pembangkang bebas dan boleh mengatakan apa sahaja terhadap slogan itu umpamanya pelik, berbentuk kempen dan tidak wajar.

Namun di pihak kerajaan, Perdana Menteri sendiri menegaskan bahawa beliau tidak mahu gagasan 1Malaysia tinggal sebagai slogan atau retorik politik semata-mata.

Datuk Sri Mohd Najib, sebaliknya mahu gagasan itu diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh dikecapi dan dinikmati oleh rakyat dan pastinya dalam merealisasikan usaha itu, lebih banyak perkhidmatan dan produk bersandarkan 1Malaysia perlu diperkenalkan bagi membantu meringan beban kehidupan yang dihadapi rakyat pada masa kini.

Sejauh ini amat jelas bahawa perkhidmatan 1Malaysia sememangnya membantu meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dengan mengambil contoh Klinik Rakyat 1Malaysia kerana menawarkan perkhidmatan yang murah dan berkualiti.

Jika pergi ke klinik swasta sekurang-kurang perlukan RM30, itu belum termasuk tambang teksi atau bas tetaspi jika ke Klinik 1Malaysia, rakyat hanya bayar RM1 dan akan dapat perkhidmatan kesihatan.

Malah, pengenalan Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M turut menerima sambutan daripada rakyat yang menggalakkan dan ini dibuktikan dengan catatan penjualan di kedai-kedai berkenaan yang memberangsangkan.

Malah, kini ada ada juga Menu Rakyat 1Malaysia dengan bayaran sarapan pagi RM2 dan dengan RM4 untuk makan tengah hari, rakyat dapat sajian yang lazat serta cukup zat dan nutrisi.

Selain itu, rakyat juga disediakan dengan program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah serta Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) yang antara lain bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara.

Paling baru ialah kerajaan memperkenalkan KKR1M iaitu kedai yang menjual pelbagai jenis kain dan pakaian yang berkualiti tinggi dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyemak harga semua produk.

Malah, menurut Perdana Menteri, 30 lagi KKR1M akan dibuka seluruh negara dalam tempoh dua tahun ini untuk memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya untuk rakyat.

Segalanya ini tidak pernah difikirkan oleh pemimpin pembangkang yang sering mendakwa mahu memperkenalkan ‘kebajikan kepada rakyat’ tetapi sebaliknya pemipin kerajaan yang diterajui oleh BN mendahulukan rakyat dan buktiknya program-program yang dilancarkan Perdana Menteri memang untuk rakyat.

Sama-sama kita menyokong dan menjulang slogan ‘Janji DiTepati’ disamping mengibarkan Jalur Gemilang bagi merayakan Hari Kemerdekaan ke- 55 tahun kali ini. – Hambali Abdul Latiff

Monday, 23 July 2012

Kes Saman Terhadap Syed Azman, Kedua-dua Pihak Perlu Kemuka Hujah 30 Julai


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengarahkan kedua-dua pihak dalam kes saman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari parti PAS memfailkan hujahan pada 30 Julai ini berhubung isu sama ada defendan kedua memfailkan saman itu dalam kapasiti peribadinya, atau sebagai Menteri Besar.

Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan bantahan awal Syed Azman dan tiga defendan lain bagi membatalkan kerajaan negeri Terengganu sebagai pihak dalam saman tersebut.

Ini kerana hakim itu akan memutuskan isu tersebut pada 28 Ogos ini. Pada 15 Dis tahun lepas, kerajaan negeri Terengganu dan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said, serta dua peniaga iaitu Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang mendapat kontrak membekal uniform sekolah serta alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan.


Selain Dr Syed Azman, mereka menamakan pemilik permit Harakah iaitu Datuk Mustafa Ali serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, sebagai defendan.

Sebelum itu Hakim Yeoh memutuskan kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk meneruskan saman terhadap Dr Syed Azman dan tiga lagi berhubung sebuah artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di negeri itu.

Dalam penyataan tuntutan, plaintif mendakwa Dr Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk “Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?” yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11 hingga 13 Nov 2011.

Mereka juga mendakwa artikel itu membawa maksud kerajaan negeri dan Menteri Besar tidak telus dalam pemberian kontrak di bawah program bantuan sekolah di Terengganu.

Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan selain kos dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah tersebut.

Peguam Syed Azman, Mohamed Hanipa Maidin memaklumkan kepada media semalam, hakim itu memutuskan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai locus standi bagi meneruskan saman tersebut.

Bagaimanapun, keputusan oleh Hakim Yeoh semalam menyaksikan tiga lagi plaintif kekal dalam saman tersebut.

teganuku