Monday, 28 November 2011

MSO Pakai Kepala Lutut Tuduh MB Berkhalwat

Oleh Mad Sulong

Mad memerhatikan dari jauh debat Mohd Sayuti Omar (MSO) dan Hambali Abdul Latiff (Rakyat Malaysia) mengenai siapa dimaksudkan dalam kes ‘MB kena tangkap khalwat, kawin bini ke 3’ baru-baru ini.

Dalam postingnya, MSO marahkan Hambali serta melakukan serangan peribadi sedangkan Hambali tidak pun mengatakan MSO yang terbabit. Hambali mengakui MSO tidak menyebutpun nama Datuk Seri Ahmad Said dalam postingnya.

Kerana itu Hambali mempersoalkan kenapa MSO menyerangnya seolah-olah beliau menamakan MSO sebagai yang menyebar khabar angin itu.

Sebaliknya dalam postingnya, Hambali meminta MSO mendedahkan siapa MB yang dimaksudkan oleh seorang pengarang portal yang disebut MSO pada postingnya.

Apapun, Mad lihat dan baca pada posting MSO, hanya yang bodoh dan tolol sahaja yang tidak dapat meneka siapa MSO maksudkan.

Dan wajar sekali kalau Menteri Besar Terengganu tuding dan menamakan MSO sebagai dalang penyebar fitnah itu kerana banyak blog merujuk kepada blognya yang bersifat meremehkan parti dan pemimpin BN.

Selain itu sehingga hari ini MSO gagal membuktikan pengarang portal berita itu mempunyai berita berkenaan. Maknanya, MSO menulis menggunakan kepala lutut bukan kepala otaknya!

Posting MSO bertarikh 25 Oktober 2011 dan hari ini dah 28 November 2011, sedangkan MSO janji dua atau tiga hari lagi pengarang portal berita akan mendedahkannya.

Mana dia? Tak berani atau memang tiada dan MSO hanya mengada-adakan sahaja untuk menyedapkan cerita fitnahnya!

Mad mahu turut bersama Hambali di sini agar MSO bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau diberitahu kes ini dan menulis dengan bersandarkan fakta yang disebarkan oleh pengarang portal berkenaan.

Tetapi apakah MSO berani mengatakan Saya menyebarkan ini berpandukan sumber portal berkenaan dan jika benar, benarlah cerita saya dan kalau salah, salahlah saya… Persoalannya, siapa pengarang portal berkenaan? Mana rujukkannya?

Seorang yang berlagak alim dengan kopiahnya, wajarkah MSO mengambil sumber tidak sah bersifat fitnah untuk diposkan ke blognya?

Lagipun amat jelas MSO sebut MB itu baru sepenggal dan dah ada dua bini. Datuk Seri Zambri (Perak), Datuk Seri Mat Isa Sabu (Perlis)? Bukan dan pastinya bukan! MB Selangor? MSO tidak mahu pula tulis skandal MB Selangor!!!

MSO juga mempunyai niat jahat apabila menulis dalam blognya seperti berikut: “Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan.”

Perkataan mencurigakan ini membawa banyak makna dan pentafsiran. Namun yang sah Mad rasa ia bermaksud negatif.

Apapun, selain MSO, banyak pihak menyiarkan fitnah berkenaan walaupun ada yang sudah dipadamkan.

Kita cuba lihat ini (kalau sudah dipadamkan saya mohon maaf): dinturtle, siasahkini, gerakan anti najib-rosmah semuanya turut memperkatakan mengenai isu ini, apalagi siasahkini boleh dikaitkan dengan MSO.

Saya perturunkan apa yang ditulis MSO sekali lagi:

MB Dua Isteri Ditangkap Khalwat?

BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.

Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.

MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.

Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya.

Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur.

Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu.

Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan.

Untuk mengetahui kisah selanjut mengenai kes ini sila lawat ke protal berkenaan kerana sehari dua lagi Pengarang protal itu akan membuat pendedahan mengenai kejadaian ini. [wm.kl.11:27 am 25/10/11]

MSO pasti tidak akan mengaku. Tidak apalah. Kita tidak hairan dengan perangai MSO.

Kalau MSO boleh hentam kawan yang pernah menyuapnya seperti Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa), Datuk Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan) atau mungkin Hambali sendiri, inikan pula Ahmad Said yang belum pernah ‘melayannya’!

No comments:

Post a Comment