Tuesday, 1 March 2011

Hantar Pulang Pelajar Ke Masir: PAS Cari Publisiti Murahan

Ho...ho...celupar sungguh mulut ‘ustaz’ Saiful Bahri, pemimpin PAS Terengganu yang semakin hebat spinnya akhir-akhir ini.

Waktu nak bawa pulang pelajar tempoh hari Saiful Bahri tidaklah sehebat ini ‘menggangu’ Datuk Seri Ahmad Said. Tetapi apabila nak hantar balik ke Mesir, ‘ustaz’ ini nampaknya mahu jadi juara.

Tak apalah, kerja balik itu kalaupun ‘ustaz PAS’ ini tidak mengiktirafnya tidak apa. Allah tahu apa yang mahu dilakukan Menteri Besar Terengganu itu.

Mungkin juga Saiful Bahri ‘marah’ dan terkilan dengan sikap pemimpin PAS lain yang memuji usaha kerajaan negeri kerana membawa pulang anak mereka.

Jangan ingat kerajaan negeri tidur kerana beberapa kenyataan yang dibuat sebelum posting bertajuk “Kedah, P.Pinang, Kelantan, Pahang… Terengganu bila?” pada jam 9:40 pagi 28 Februari, 2011, banyak sudah kenyataan dibuat oleh Menteri Besar dan pegawai Yayasan Terengganu sendiri.

Dalam blognya, ‘ustaz PAS’ ini menulis: “Bagaimana pula dengan para pelajar di Terengganu. Negeri yang kaya raya dengan penuh nikmat pembangunan ini??? Negeri pimpinan Datuk Ahmad Said yang peka dengan maslah rakyat! Takkan negeri Kuwait Malaysia ini takde duit untuk menghantar para pelajar rakyat Terengganu kembali ke Mesir? Mana duit royalti hasil minyak Terengganu. Kalau Monsun Cup yang tiada manfaat buat rakyat Terengganu, kerajaan menghabiskan duit berpuluh juta takkanlah untuk bakal pemimpin negeri akan dating ini tiada peruntukan? Mana duit zajat yang dikutip berpuluh juta setahun. Mana Perbadanan MB, syarikat GLC kerajaan negeri yang dikatakan untung berjebok-jebok tu…Kalau sekecil inipun Mat Said ketinggalan berbanding negeri-negeri PR. Ini memalukan! Nampak sangat UMNO-BN tak pandai memerintah. Takkan nak biarkan nanti Pemuda Pas pulak mengutip derma untuk membeli tiket para pelajar kembali ke Mesir. Ini akan memalukan kerajaan pimpinan Mat Said sendiri. Penulis pun menjangkan MB Terengganu ini taklah sebodoh itu membiarkan anak-anak Terengganu yang mempunyai ibu-bapa yang ramai, diseluruh daerah Terengganu… pastinya mempunyai pengaruh dan impak yang besar dari segi politik.”

Agaknya kerana banyak sangat berdoa dan meratip atas sejadah, ‘ustaz PAS’ ini terlupa baca atau tidak mendegar radio mengenai pengumuman masa ke masa mengenai usaha menghantar balik pelajar oleh kerajaan negeri.

Wartawan yang bertemu Menteri Besar ada sahaja yang mengemukakan soalan itu dan pastinya misi ini bukan hak kerajaan negeri sahaja tetapi juga kerajaan persekutuan.

Jelas sekali ‘ustaz PAS’ ini segaja mahu cari milage politik apabila mengatakan : “Sudah beberapa kali pertemuan pimpinan Umno-BN negeri di rumah MB dan wisma Negeri dengan para pelajar. Cakap-cakap yang penulis dengar amat negatif. Hanya bersyarah.. pong! Pong!.. biasanya Pas jugak yang menjadi mangsa serangan. Macam Pas pulak memerintah Terengganu ni. Para pelajar bersungut seolah-olah mereka dikencing oleh pimpinan UMNO-BN. Janji-janji semasa belum pulang atau semasa di Jeddah… habuk pun tarak!!!

Kalau hanya tahu menuduh bahawa Pas tak buat apa-apa? Habis sekarang ni kerajaan Terengganu buat apa? Takkan semua kerajaan pimpinan PR dah umum? Mat Said dok nak tadah tempurung royalti dengan Najib lagi? Habis Kerdau & Merlimau nak pakai duit nak cekau kat mana???

Diharapkan pihak kerajaan mengambil tindakan segera demi menyelesaikan permasalahan pelajar-pelajar Terengganu ini. Kalau ini pun tak boleh diselesaikan!! Serah sahaja kepada PAS pulak mentadbir. PRU pun dah tak lama. Biarkan mereka sibuk berpolitik cah keting, sibuk mengaut khazanah negeri dan melupakan rakyat dan pengundi mereka… Maka rakyat patut melupakan mereka apabila mereka datang merayu undi disaat pilihanraya nanti. Vios!


Minta serah kuasa kepada PAS? Tanyalah rakyat! Kalau ‘ustaz PAS’ ini nak main politik, tidak usahalah. Buang masa.

Yang pasti PAS hanya tahu kritik tetapi tidak mampu melakukan apa-apa. Biat baik kerajaan kalaupun tidak mahu diiktiraf atau dipuji, baik diam sahaja daripada membuka mulut dan mendapat dosa.

Tohmahan, fitnah dan kritik membabi buta akan membuka mata rakyat bahawa PAS sebenarnya hanya pandai berkata-kata sahaja.

Dalam apa juga keadaan pemimpin PAS sering mendakwa merekalah yang mendahului tetapi hakikatnya pada kerika operasi Piramid dan di Terengganu – Misi Membawa Pulang Pelajar dan Rakyat Terengganu – PAS ketika itu tidak tahu mahu berbuat apa-apa.

Ahmad Said sudah menjelaskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan membuat sebarang keputusan berhubung cadangan untuk menghantar semula semua pelajar tajaannya ke Mesir.

“Mesyuarat Exco adalah kuasa tertinggi yang akan membuat dasar dan membuat keputusan berkaitan perkara ini,” katanya ketika ditanya media selepas majlis penyerahan e-Book bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang, di Seri Iman kelmarin.

Entah-entah hari ini ada mesyuarat Exco pagi ini, kerajaan Terengganu akan membuat keputusan.

Malah Yayasan Terengganu (YT) sudah membuat kenyataan bahawa pihaknya menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum menghantar pulang pelajar tajaannya ke Mesir.

Ketua Penolong Bahagian Tajaan Pelajar YT, Mohd Razali Mahmud berkata beliau difahamkan beberapa buah universiti di Mesir bakal memulakan pengajian antara 12 Mac dan 8 April ini. "Bagaimanapun YT masih menunggu pengumuman MKN sebelum membuat keputusan menghantar pelajar pulang ke Mesir," katanya awal minggu ini.

Mohd Razali berkata langkah itu bertujuan memastikan tahap keselamatan di Mesir terjamin kepada pelajar Malaysia.
YT menaja 247 pelajar di lapan buah universiti di Mesir dalam bidang pengajian Islam, perubatan dan pergigian yang pulang ke Terengganu baru-baru ini.

Pelajar tajaan YT yang paling ramai ialah di Universiti Al-Azhar iaitu seramai 95 orang yang mengikuti bidang pengajian Islam dan perubatan, diikuti di Universiti Mansoura (44 pelajar), Universiti Mansoura-Manchester (35 pelajar) dan Universiti Ain Sham (34 pelajar).

Lain-lain unviversiti ialah Universiti Tanta (21 pelajar), Universiti Alexandra (14 pelajar) dan Universiti Zagazig (empat pelajar).

Terengganu turut mempunyai seramai 509 pelajar di Mesir di bawah tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Majlis Amanah Rakyat dan juga pelajar persendirian.

Jelas? Kalau tidak jelas lagi kepada ‘ustaz PAS’ berkenaan, berdoalah banyak-banyak supaya diampunkan dosa mengata dan menfitnah pemimpin BN, khususnya Menteri Besar yang berusaha gigih menyelesaikan pelajar Terengganu di Mesir ini.
Atau lebih baik lagi mintalah maaf, kalaupun secara tidak terbuka, senyap-senyap datang jumpa Ahmad Said.

Rasanya itu lebih baik daripada menuduh tidak tentu pasal.

No comments:

Post a comment