Monday, 26 March 2012

PAS Juga Beri Tanah Kepada Wakil Rakyat Ketika Berkuasa Di Terengganu



"Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang. Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun...Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu..."
 - Ahmad Said.

Kerajaan Terengganu ketika ini mengamalkan dasar membenar setiap rakyat Terengganu berumur 18 tahun ke atas tidak kira siapa mereka termasuk wakil rakyat memohon tanah.

Mereka boleh diberi satu pilihan saja sama ada memohon untuk mendapatkan lot tanah pertanian ataupun untuk tapak kediaman.


Kerana itu tidak timbul sama ada dia seorang wakil rakyat atau rakyat biasa dan kerajaaan terbuka dalam soal ini asalkan memenuhi syarat ditetapkan.

Berikutan itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said semalam mendedahkan PAS pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya ketika negeri ini diperintah oleh mereka antara 1999 dan  2004.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata PAS memberikan tanah pertanian kepada wakil rakyatnya yang ketika itu ada sehingga 50 hektar.

"Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang.

"Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun.


Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan e-Book kepada pelajar darjah empat di enam buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri Manir dekat Kuala Terengganu.


Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa sebahagian besar wakil rakyat BN negeri ini diberi tanah dua hektar seorang dan mengandaikan pemberian tanah itu sebagai habuan yang mungkin nama mereka tidak disenaraikan untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.


Ahmad Said berkata beliau tidak faham dengan sikap PAS yang jelas sentiasa dengki dan suka memburuk-burukkan Umno/Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri ini sekarang.

Teganuku

Wednesday, 21 March 2012

Yahudi - Hadi Semakin Menyesatkan Umat Islam

(Tajuk asal : Isu Yahudi - Hadi Tergelincir Daripada Landasan Islam Sebenar!!!!)

"Orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang...Apa dapat kita saksikan kini orang Yahudi membina penempatan haram selepas menghalaupenduduk Palestin dari tanah air sendiri dengan bantuan Zionis. Bekerjasama dengan Yahudi bererti menyokong Zionis,
 - Prof Dr Mahmood Zuhdi. 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang sah pakar spin agama Islam untuk kepentingan pihak tertentu dan semakin pecahbelahlah umat Islam di negara ini.

Kenyataan terbarunya mengenai urusan perniagaan boleh dilakukan dengan Yahudi sangat tidak kena dengan suasana semasa dan dibimbangi akan memecah belah umat Islam.

Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, tindakan Hadi membuat perbandingan antara Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat.

Pandangan Hadi itu semata-mata bermotifkan politik dan untuk kepentingan pakatan pembangkang semata-mata.

Mahmood Zuhdi menganggap Hadi kini tergelincir dari landasan Islam sebenar dan seolah-olah menggadaikan perjuangan Islam.

Beliau hairan bagaimana Hadi yang selama ini tegas sanggup tunduk dan sokong musuh Islam, katanya.

Berikutan itu Hadi perlu memperjelaskan perkara sebenar dan tidak gentar kenyataan pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi atau Zionis.

Sebagai ulama, Hadi perlu bercakap benar walaupun ia pahit dan tidak gentar sokongan politik untuk pilihan raya akan datang semata-mata demi perjuangan agama.

Pandangan Hadi hari ini disokong Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mengatakan “Di dalam hadis ….jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Menurut Nik Aziz, adapun yang ditentang oleh Pas ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.

Selanjutnya Nik Aziz berkata: “Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel,”

Mahmood Zuhdi semalam berhujah, orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, Ahli Parlimen Marang itu mengeluarkan kenyataan sekadar menyedapkan mulut dan mengambil hati pemimpin tertentu.

“Apa dapat kita saksikan kini orang Yahudi membina penempatan haram selepas menghalau penduduk Palestin dari tanah air sendiri dengan bantuan Zionis.
Bekerjasama dengan Yahudi bererti menyokong Zionis,” tegas Mahmood Zuhdi.

Apapun, kita lihatlah bagaimana selepas ini bijak pandai Islam berhujah dalam konteks kepentingan politik dan  kepentingan kuasa mengenai Yahudi dan berdagang dengan  negara berkenaan.

Yang diharapkan, di celah-celah pendapat yang memening dan bercelaru itu ada hujah yang benar-benar berlandaskan kepentingan Islam semasa.

hambali1

Wahid Endut Tukang Tilik, Harapkan Rakyat Marah Kepada UMNO, Kerajaan

SAMA CANTIK, SAMA PADAN...Tukang Tilik Tengah Cari Ilham!!!!
Kalau jadi wakil rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen, jangan minta atau ada tanah.

Kalau dapat nanti ia berstatus ‘HABUAN’ dan habuan ini bunyinya negatif sekali.

Ia seolah-olah berdosa, cara tidak halal dan mungkin juga ikut cara tidak betul dan boleh lapor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kita kena tanya ADUN PAS di Terengganu, mereka ada tanah ke tidak. Atau jika berpeluang, mereka mahu tanah ke tidak?

Juga pertanyaan, di kalangan yang memohon tanah dan diluluskan kerajaan negeri itu semuanya penyokong dan orang kuat UMNO kah?
 Kecoh dengan PAS, khususnya Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Abdul Wahid Endut membuat kenyataan akhbar bahawa wakil rakyat BN menggunakan kedudukan sebagai pemimpin untuk mendapatkan tanah yang lebih luas daripada apa yang diberikan kepada rakyat umum.

Malah Wahid tidak menolak kemungkinan pemberian tanah itu dibuat sebagai 'habuan' kepada mereka yang akan digugurkan atau tidak disenaraikan sebagai calon nanti.
Apa punya spin macam tu. Wahid tahu ke siapa calon yang akan dipilih dan siapa akan digugurkan? Wahid sah seorang TUKANG TILIK…wauuuuuuuuu

Hakikat hari ini Wahid mengata kerajaan negeri dan menyindir Menteri Besar tetapi beliau sendiri tidak mampu menyelesaikan isu calon antara PAS, PKR dan DAP sehingga perlu menyerahkan kepada PAS Pusat untuk menentukannya.

Lagak Wahid yang serba tahu kadangkala menunjukkan sikap PAS lebih lebih berminat menyelak kain orang tetapi kain sendiri yang terlondeh dan tersangkut di kepala lulut dibiarkan.

Ahad (18 Mac) lalu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menjawab apa yang dikatakan sebagai kelulusan tanah kepada sebilangan wakil rakyat yang dibangkitkan oleh PASs hanya bertujuan mengapi-apikan rakyat.

"Dia (Pas) nak dedah apa, dedahlah. Mereka (wakil rakyat) pun rakyat biasa, rakyat Terengganu. Yang penting dia ikut peraturan (untuk memiliki tanah).

"Kita tak ada masalah pun. Dia (wakil rakyat) memohon (untuk dapatkan tanah). Bukan dia dapat secara haram atau apa. Hak rakyat, rakyat dapat. Dia (wakil rakyat) pun berjasa juga.

"Benda (perkara) ini kita (buat secara) mesyuarat kan? Dah lulus dan dapat kelulusan Pejabat Tanah dan Galian. Apa susahnya?
" Soal Ahmad Said.

Menteri Besar berkata, pemimpin Pas itu sebenarnya tidak memahami prosedur pemberian dan kelulusan tanah di negeri ini.

 "Rakyat Terengganu berhak dapat tanah. Umur 18 tahun ke atas dia dah boleh mohon (untuk dapatkan tanah). Kita bagi. Berapa ribu rakyat yang kita dah bagi?

Wakil rakyat ada 32 orang sahaja. Mereka pun nak tanah, nak rumah, nak buat kebun dan sebagainya.

"Jadi, kita bagilah (bila dah mohon). Bukan kita bagi 20 ekar seorang untuk setiap wakil rakyat. Di Johor pun pegawai tadbir boleh dapat 10 ekar tanah termasuk satu tapak rumah dan tapak pertanian
.” jelas Ahmad Said.

Di Terenggan, kerajaan bagi dua hektar saja tanah untuk tapak pertanian.

“Pegawai tadbir pun dapat, rakyat pun dapat. Ada salah? Tak salah. Kalau penuhi syarat buat apa kita nak tolak" soal Ahmad Said lagi.

Yang nyata, wakil rakyat juga berhak memiliki tanah berkenaan sebagaimana rakyat lain menerusi mesyuarat dan prosedur yang perlu termasuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah dan Galian.

Dalam tempoh tiga tahun sejak mengambil alih pentadbiran negeri, Ahamad Said berusaha menyelesaikan masalah permohonan dan tanah haram.

Sejauh ini kerajaan negeri sudah selesaikan lebih 9,000 kes tanah.

Malah beribu lot tapak rumah turut diluluskan untuk rakyat.

Jadi, apa tujuan Wahid sebenarnya?

Tidak lain dan tidak bukan hanya ‘mencerca’ kerajaan negeri dengan harapan rakyat marah.

Jelas PAS cuba mendapatkan sokongan melalui cara MENAIKKAN KEMARAHAN RAKYAT walau apa cara sekali pun dan melaluinya diharapkan rakyat akan BERSIMPATI KEPADA PAS melalui cara putar belit yang banyak kali melencong daripada cara yang dibenarkan Islam.

Mungkin inilah antara modus operandi PAS yang disifatkan Ahmad Said sebagai ‘cara sesat PAS’ menagih sokongan untuk menang pilihan raya.

Teganuku