Showing posts with label Bantuan. Show all posts
Showing posts with label Bantuan. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

Ahmad Said Kecewa Dituduh Songlap Bantuan Banjir


Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kecewa apabila terus difitnah dan dituduh dengan tuduhan tidak berasas oleh pihak tertentu yang dilihat mahu menjatuhkan reputasinya.

Yang terbaharu, beliau didakwa telah menyeleweng bantuan pihak istana untuk mangsa banjir di Kemaman. 

Sebuah laman sosial 'Pakatan Rakyat Election News' mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook pada Isnin lalu dengan mendakwa bantuan tersebut tidak diagih sebaliknya disonglap oleh menteri besar sehingga menimbulkan kemurkaan pihak istana.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam (Rabu), Ahmad Said menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak munasabah.

"Saya tidak tahu apa motif mereka. Sedangkan ketika itu saya ada bersama Tuanku semasa majlis bantuan penyampaian barangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman di Kemaman," katanya.

Beliau berkata beliau kesal kerana susulan kenyataan tidak berasas itu, ramai pengguna Facebook memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak wajar kepada beliau.

Ahmad Said menegaskan, beliau akan menilai dan mengkaji perkara itu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya.

Menteri Besar Terengganu Songlap Duit Pemberian DYMM Sultan Terengganu

Memang betullah...

Kalau dah tak ada keburukan yang boleh diperkatakan, maka keburukan perlu dicipta dan kemudian, keburukan tersebut perlu digambarkan seolah-olah ianya adalah sebuah kebenaran.

Dan ianya bukanlah sesuatu yang sukar sekiranya, memang terdapat para penyokong yang akan percaya dengan apa-apa sahaja sebarang cerita keburukan meskipun cerita-cerita berkenaan langsung tidak masuk akal.

Beberapa minggu lepas, Mat Said, Menteri Besar Terengganu telah dituduh menyamun dua lori roti milik Gardenia dan kemudian memberi makan kepada orang ramai yang terkandas selama berjam-jam dalam sebatang jalan yang terkepung air banjir di Pahang.

Para pecacai dan penentang Mat Said segera mengeluarkan pelbagai dalil dan nas yang menunjukkan perbuatan Mat Said itu adalah satu perbuatan yang sangat jahat sehinggakan ada pula cerita kononnya Mat Said telah mengugut akan memukul empat orang petugas kedua-dua lori roti tersebut. Kemudian apabila keluar cerita sebenar, lain pula dalih mereka.

Kononnya pula, Mat Said telah membayar keempat-empat pemandu lori tersebut agar buat cerita-cerita yang baik tentangnya.

Bayaran yang diberikan pula amat lumayan. Bila Gardenia mengesahkan bahawa Pejabat Menteri Besar Terengganu mahu membuat bayaran ke atas roti-roti yang diambil di tengah-tengah jalan, tetapi syarikat roti tersebut menganggap roti-roti tersebut telah didermakan kepada mangsa-mangsa banjir di jalan itu, keluar lagi cerita tentang kononnya Mat Said dah tumbuk rusuk pengurusan Gardenia agar bikin cerita seperti itu. 

Yang paling menarik ialah apabila puak-puak itu bukan main kembang hidung dan busung dada menceritakan bagaimana mereka memberikan bantuan tanpa tidur, tanpa berkejip biji mata pun kepada mangsa-mangsa banjir.

Manakala Mat Said pula digambarkan sebagai Menteri Besar yang sekadar melawat tapi tidak memberikan apa-apa bantuan pun kepada mangsa-mangsa banjir. Mat Said digambarkan seperti seorang pelawat yang sedang melawat haiwan di dalam zoo!!!

Itu ler mentaliti dan daya pemikiran yang mampu dihasilkan daripada sokongan kepada Pakatan Rakyat! 

Beberapa keping gambar menunjukkan Menteri Besar Terengganu itu bersama-sama DYMM Sultan Terengganu, memberikan mereka modal baru.

Cerita baru telah dikarang dan sekarang ini sudah siap disiarkan. Para penyokong seronok kerana mereka sudah ada buah untuk membalun Menteri Besar Terengganu.

Menurut cerita mereka, DYMM Sultan Terengganu telah memberikan bantuan peribadinya kepada Mat Said untuk mangsa-mangsa banjir.

Baca seterusnya....