Friday, 4 September 2015

Pecat Ahmad Said - Biar BN Lingkup di Terengganu...



Walaupun sejauh ini ada pemimpin UMNO sudah menepis berita angina kononnya sesetengah pemimpin UMNO yang dilihat ‘menongkah arus’ akan dipecat daripada parti, namun kemungkinan tetap ada.

Apapun beberapa perkara perlu diambil perhatian dengan mendalam.

Presiden UMNO sudah pasti ‘bengang’ dengan gelagat beberapa pemimpin tertentu yang nampaknya tidak habis-habis mempersoalkan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion dan dikatakan, tindak balas paling mudah adalah memecat mereka dari UMNO.

Persoalanya, kalau dipecat pun, mulut mereka semakin tidak boleh dikunci.  Sudah pasti mereka akan lebih memperkatakan kedua-dua isu berkenaan secara lebih terbuka dan dapatb’menyalak tanpa batasan’.

Salah seorang yang dikatakan akan dikenakan tindakan adalah bekas MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kerana mengkritik Datuk Sri Mohd Najib Razak dengan agak lantang dan dilihat seiring dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katakan Ahmad Said dipecat pada sidang Majli Tertinggi UMNO 9 September nanti, apakah ini akan menguntungkan UMNO atau sebaliknya?
Pemimpin UMNO yang waras sudah pasti akan melihat senario politik Terengganu yang kini kedudukan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu adalah 17 UMNO, 14 PAS dan satu PKR. Dengan kata lain 17-15.
Jika UMNO memecat Ahmad Said, kedudukan menjadi 16-16. Apakah ini menguntungkan UMNO? Bagaimana sekiranya ada 2 atau 3 orang ADUN yang setia dengan Ahmad Said mengambil keputusan mengikut Ahmad Said mengisytiharkan mereka menjadi ‘calon bebas’?
Tidakkah akan terlingkupnya UMNO dan Barisan Nasional di Terengganu? Apakah Najib dan pemimpin tertinggi UMNO lain sanggup melihat keadaan itu?
Tidakkah itu akan mengesahkan cakap-cakap bahawa Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hanya menjadi Menteri Besar tidak sampai satu penggal atau Menteri Besar sementara sahaja?

No comments:

Post a Comment